Travel

Cheringin Resort Janda Baik nyaman, menenangkan

LAMA tak berkunjung ke Janda Baik, Pahang. Perjalanan dari Kajang menuju ke Janda Baik dengan berkereta hanya mengambil masa di antara satu jam ke satu jam setengah.

Jarak yang sederhana pemanduan membuatkan penulis mengambil keputusan untuk ‘naik’ ke Kampung Sum Sum, Janda Baik.

SUASANA hijau udara segar di Cheringin Resort, Janda Baik.

Perjalanan melalui Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) agak lancar sehingga ke Plaza Tol Gombak.

Menikmati pemandangan kehijauan memberi ketenangan. Sebelum sampai di Genting Sempah, Genting Highlands, sempat lagi singgah beli buah berangan yang tepi jalan.

Banyak gerai yang menjual bukan sahaja buah berangan yang sudah siap digoreng tetapi ada juga ubi manis, ubi keledek rebus dan jagung.

Terdapat juga penjaja yang menjual petai di antara gerai-gerai jika anda membeloh ke arah Janda Baik dari Genting Sempah.

Makan buah berangan panas-panas memang terasa nikmatnya. Lembut, manis, arghhh!

Kalau terasa lapar kerana sudah tiba waktu makan tengah hari, boleh sahaja berhenti di gerai SUP TULANG.

Hidangan supnya agak enak da nada juga lauk pauk kampung lain yang disajikan untuk makan tengah hari.

Kenyang perut, suka hati. Jadi apa tunggu lagi? Meneruskan pemanduan sehingga ke destinasi penginapan, Cheringin Resort.

Cheringin Resort menjadi lokasi pilihan pengunjung berkumpulan kerana di situlah boleh diadakan sesi lempias otak.

Menginap di Cheringin Resort untuk pengunjung berkeluarga juga selesa kerana biliknya yang agak luas dan kalau tak cukup katil, boleh tambah dengan bayaran RM80 satu malam.

Tempahan bilik boleh buat melalui banyak aplikasi dan harga tidak membebankan.

Kolam mandi menjadi sasaran penulis sekeluarga ketika menginap di Cheringin Resort.

Sudah lama tidak ‘berkubang’ dengan sepupu sepapan, maka kolam mandi di Cheringin Resort meriah dengan suara kami!

Kalau hujung minggu anda tidak tahu mahu ke mana, boleh sahaja ke Janda Baik. – SM

(Visited 449 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button