Nasional

Sudah bersediakah kita rentas negeri, buka pintu sempadan

RAMAI yang menunggu bilakah kerajaan akan membenarkan pergerakan rentas negeri selepas sekian lama rakyat diminta duduk di rumah, hanya keluar jika ada urusan penting sahaja. Semua ini dilakukan bagi mengekang kes pandemik Covid-19 yang pernah mencanak naik sehingga melebihi 20,000 kes sehari.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sesi di Parlimen ada menyatakan, sejauh manakah persediaan negara untuk membuka pintu sempadan sebaik sahaja kes harian Covid-19 ini berkurangan.

Beliau juga menyatakan, apakah wajar prosedur operasi standard (SOP) membenarkan pengembara atau pelancong tempatan dan warga asing, yang lengkap dua dos vaksin Covid-19 yang pulang ke tanah air atau tiba dari luar negara, menjalani kuarantin wajib di rumah sahaja?

Bagi merungkai persoalan di atas, Pengerusi Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara, Senator Datuk Razali Idris berkata, sebelum kita boleh membuka pintu sempadan negara, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu akan membuat penilaian risiko semasa jangkitan Covid-19 di dalam negara.

Beliau berkata, KKM juga akan mengambil kira maklumat situasi Covid-19 dari negara asal pengembara sebelum membenarkan kemasukan pengembara dari negara yang berkenaan.

“Kemasukan warganegara dan warga asing seperti pelajar, diplomat, golongan professional serta pelabur asing telahpun mula dibenarkan.

“Kebenarakan diberikan bermula pada Jun 2020 (tahun lalu) semasa Fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika itu.

“Walau bagaimanapun, kebenaran masuk ini adalah tertakluk kepada SOP dan syarat-syarat yang telah ditetapkan termasuklah keperluan menjalani kuarantin wajib di pusat-pusat kuarantin yang telah disediakan” kata beliau dalam memberikan pencerahan.

Di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN), Kerajaan sentiasa menambah baik SOP berkaitan perkara ini dan katanya lagi, bermula pada 12 Ogos 2021 nanti, pengembara warganegara dan bukan warganegara yang telah menerima imunisasi lengkap boleh membuat permohonan untuk menjalani kuarantin wajib di rumah atau tempat kediaman.

“Namun kebenaran ini hanya boleh diberikan tertakluk kepada penilaian risiko oleh pihak KKM dan pemohon masih perlu menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum diberikan kebenaran,” katanya.

Dalam kenyataan yang sama hari ini, Razali turut berkata, persediaan melalui garis panduan terperinci serta penilaian risiko oleh KKM akan dijalankan terhadap setiap pengembara berdasarkan kepada permohonan untuk kuarantin di rumah atau tempat kediaman.

“Secara keseluruhannya, pihak Kerajaan telah melakukan pelbagai persediaan serta kelonggaran yang diberikan dibuat secara berhati-hati dengan mengambil kira perkembangan di seluruh dunia dan juga keutamaan untuk pemulihan ekonomi,” katanya.

Sementara itu, menjalani kuarantin kendiri iaitu di rumah atau kediaman boleh dipertimbangkan untuk dijadikan sebagai tempat kuarantin wajib sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:

-Pengembara warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai rumah atau tempat kediaman di Malaysia (termasuk penduduk tetap, Malaysia as My Second Home resident — MM2H dan ekspatriat);

-Negatif ujian saringan pengesanan jangkitan Covid-19, RTPCR, pengembara yang telah menerima imunisasi lengkap Covid-19

-Rumah atau tempat kediaman adalah bersesuaian

-Pengembara dikehendaki memuat turun dan mengisi deklarasi kesihatan dalam aplikasi MySejahtera

-Pengembara dikehendaki mengimbas QR Code “Pengembara dari Luar Negara” dengan menggunakan aplikasi MySejahtera semasa ketibaan di pintu masuk antarabangsa (PMA)

-Pengembara dikehendaki menjalani saringan ujian pengesanan jangkitan Covid-19 iaitu ujian RT-PCR Covid-19 semasa ketibaan di PMA. Fi saringan ujian pengesanan jangkitan Covid-19 ditanggung oleh PUS

-Penilaian kesihatan dijalankan kepada semua pengembara yang tiba di PMA

-Pengembara yang tiada gejala akan diambil swab untuk ujian pengesanan jangkitan COVID-19, RT-PCR

-Pengembara yang bergejala ringan dikehendaki menjalani ujian saringan pengesanan jangkitan Covid-19, RTK Ag atau RT-PCR.

-Pengembara dibenarkan untuk kuarantin di rumah atau tempat kediaman. Pengembara dikehendaki sentiasa memakai pelitup muka. Fi ujian COVlD-19 ditanggung oleh pengembara

-Pengembara yang mengalami gejala sederhana/ teruk dirujuk ke kepada Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit. Tindakan selanjutnya adalah berdasarkan kepada penilaian kesihatan dan keputusan pakar

-Pengembara warganegara dan bukan warganegara yang tidak mematuhi syarat-syarat tersebut perlu menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin yang diwartakan oleh kerajaan

-Tempoh kuarantin wajib bagi pengembara dari semua negara adalah 14 hari. Namun begitu, tempoh kuarantin 14 hari akan dilanjutkan selama 7 hari lagi (menjadikan jumlah kuarantin 21 hari) sekiranya terdapat keperluan berdasarkan hasil penilaian risiko terhadap pengembara tersebut yang dijalankan pada hari ke-14. Kuarantin tambahan ini akan dilaksanakan di tempat kediaman, rumah atau stesen kuarantin yang sama

-Pengembara yang tiba dari luar negara dan singgah (transit) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibenarkan meneruskan penerbangan atau perjalanan ke negeri-negeri lain di Malaysia kecuali pengembara yang bergejala, dikesan positif Covid-19 atau kontak rapat kepada kes positif

-Pengembara yang tiba dari luar negara dan singgah (transit) di KLIA dan tidak mempunyai keputusan ujian pengesanan Covid-19 yang diperlukan untuk meneruskan perjalanan ke negara destinasi antarabangsa yang lain tidak dibenarkan menjalani ujian RT-PCR Covid-19 di KLIA. Keputusan ini dibuat berdasarkan situasi pandemik COVID-19 semasa negara ini dan kapasiti Pusat Rawatan Covid-19 Risiko Rendah (PKRC), hospital kerajaan serta swasta untuk merawat kes COVID-19 adalah terhad

-Pengembara diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (Home Surveillance Order — HSO) secara digital dan dipasang dengan gelang tangan pengawasan (wristband) atau peranti gelang pengawasan (digital tracker) di PMA. Pengembara ini akan dinamakan sebagai Person Under Surveillance (PUS)

-PUS dikehendaki membuat penilaian kendiri setiap hari melalui Home Assessment Tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera dan aktiviti ini perlu diteruskan sehingga 14 hari dari tarikh ketibaan

-Pegawai Kesihatan PMA dikehendaki menghantar sesalinan HSO kepada CPRC Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah berkaitan

-Jika PUS mengalami gejala dalam tempoh kuarantin, PUS dikehendaki datang ke fasiliti kesihatan berhampiran untuk penilaian status kesihatan sepertimana garis panduan sedia ada. Fi saringan ujian pengesanan jangkitan Covid-19 ditanggung oleh PUS

– Dan ujian ulangan saringan ujian pengesanan jangkitan Covid-19, RT-PCR COVID-19 dilakukan pada hari ke-10 atau hari ke-18 bagi pengembara yang perlu menjalani kuarantin selama 21 hari. Jika keputusan ini adalah negatif, pelepasan perintah pengawasan & pemerhatian (release order – RO) akan dipaparkan dalam aplikasi MySejahtera pada hari ke-14. Sekiranya PUS memerlukan sesalinan RO boleh dipohon daripada Pejabat Kesihatan berhampiran. Gelang pengawasan dipotong di Pejabat Kesihatan berhampiran. – SM

(Visited 182 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button