NasionalNegeri

Polis Arau rampas mercun, bunga api RM10,000 sorok di rumah

SOROK mercun dan bunga api di dalam rumah di kawasan perumahan mungkin dianggap tempat paling selamat untuk tidak dikesan oleh pihak berkuasa.

Bagaimanapun pasukan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Arau berjaya mengesan tektik suspek ini sebelum ia mula dipasarkan secara haram di sekitar daerah ini menjelangnya musim perayaan.

Ruang tamu dalam rumah jadi tempat simpan mercun dan bunga api secara haram di Arau.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, dengan kejayaan serbuan ini telah membabitkan rampasan sebanyak 18 kotak besar yang mengandungi 670 kotak kecil mercun dan bunga api pelbagai jenis bernilai RM10,000.

Berikutan itu Ahmad Mohsein berkata, seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan semasa serbuan di sebuah rumah di Taman Chempaka Putih, Arau pada pukul 12.30 tengah hari semalam (27 Mac).

“Kesemua barang salah ini telah ditemui di ruang tamu rumah berkenaan yang dijadikan sebagai tempat penyimpanan mercun dan bunga api sebelum dipasarkan di sekitar kawasan Arau,” katanya.

Beliau berkata, polis telah mendapat perintah reman dari Mahkamah Majistret Kangar untuk menahan suspek selama dua hari mulai 28 Mac untuk membantu siasatan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akfta Bahan Letupan 1957.

Tambahnya, suspek juga mempunyai satu rekod jenayah lampau dibawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. – SM

BACA Polis Kangar rampas mercun, bunga api RM70,000, rokok RM100,000

(Visited 305 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button