Nasional

Covid-19: Kes tempatan 0, 1 kes baharu

TIADA kes baharu Covid-19 melibatkan penularan tempatan dilaporkan hari ini. Hanya satu kes baharu dicatatkan melibatkan  kes  import melibatkan warganegara yang pulang dari Turki.

Ketua Pengarah Kementerian Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes aktif Covid-19 kini menurun kepada 144 kes  dengan 21 orang lagi pulih dan dibenarkan pulang hari ini.

Daripada 144 kes itu empat dimasukkan ke unit rawatan rapi dan dua daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu tiada kematian dilaporkan dengan jumlah keseluruhan mereka yang maut akibat jangkitan Covid-19 kekal 121 orang.

Menurut Dr. Noor Hisham, pencapaian hari ini hasil kerjasama setiap peringkat masing-masing termasuk mengamalkan kelaziman baharu dalam kehidupan seharian dan pematuhan SOP yang ditetapkan kerajaan.

“Penurunan kes harian juga menggambarkan kawalan kendiri dan tanggung jawab sosial. Namun, KKM mengingatkan orang ramai pandemik Covid-19 masih berterusan di seluruh dunia. Penularan semula jangkitan masih boleh berlaku jika kita leka dan mengambil mudah saranan, arahan serta amaran kerajaan.

“Amalkan langkah-langkah pencegahan jangkitan Covid-19 setiap masa di mana jua berada. Kerjasama semua dapat memutuskan rantaian penularan jangkitan Covid-19 di Malaysia,” kata Dr. Noor Hisham dalam sidang akhbar hari ini.-SM

(Visited 236 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button