Luar Negara

Covid-19: Kes positif di Arab Saudi melepasi 100,000, 36 lagi kematian

PIHAK berkuasa kesihatan Arab Saudi membuka hospital sementara di Jedah dan 31 buah klinik 24 jam di seluruh negara itu ketika kes Covid-19 sudah melepasi angka 100,000 pada Ahad.

Hospital di Pusat Pameran Antarabangsa Jeddah akan digunakan untuk merawat mereka dengan tanda-tanda yang ringan.

Buat permulaan ia mempunyai 20 katil dan apabila beroperasi sepenuhnya hospital sementara itu akan mempunyai 500 kaatil.

Sementar klinik 24 jam pula dibuka untuk mereka yang mempunyai tanda-tanda Covid-19 ditempatkan di Riyadh, Mekah, Madinah, Jeddah, Al-Qassim, dan Al-Ahsa.

Semuanya beroperasi 24 jam tanpa perlu ada temu janji.

Negara itu mencatatkan 3,045 kes baharu Covid-19 pada Ahad, menjadikan jumlah keseluruhan kes 101,914.

Jumlah kematian pula meningkat sebanyak36 orang, yang tertinggi dalam sehari sejak wabak itu bermula menjadikan kesuluruhan 721.

Setakat ini di seluruh dunia wabak itu sudah menjangkiti tujuh juta orang dan 400,000 maut kerananya.

Di Iran Arab News melaporkan, kementerian kesihatan mendakwa peningkatkan kes Covid-19 di negara itu kerana jumlah mereka yang datang melakukan ujian bertambah dan bukannya disebabkan wabak itu bertambah buruk.

Pihak berkuasa melaporkan 2,364 kes jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan 171,789 kes.

Kematian pula bertambah 72 kes lagi menjadikan keseluruhan 8,281 kematian di Iran.

Arab Saudi pada Jumaat mengumumkan perintah berkurung selama 15 hari di Jeddah bermula Sabtu lalu bagi membendung penularan wabak itu.

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengumumkan sekatan itu bermula pada Sabtu hasil daripada penilaian situasi kesihatan di bandar raya itu oleh pihak berkuasa.

Perintah berkurung di Jeddah akan bermula pada pukul 3 petang hingga 6 pagi bermula Sabtu dan semua masjid akan ditutup semula.

Kakitangan awam dan sektor swasta di bandar raya itu tidak perlu di pejabat.

Restoran juga tidak dibenarkan beroperasi dan berhimpun melebihi lima orang tidak dibenarkan sepanjang tempoh itu.

Bagaimanapun penerbangan tempatan dan kereta api akan terus beroperasi dan orang ramai boleh keluar masuk ke bandar itu di luar waktu perintah berkurung.

(Visited 199 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button