Nasional

Covid-19: 55 kes baharu, 71 sembuh, tiada kematian

HARI pertama Perintah Larangan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan hari ini menyaksikan kes baharu Covid-19 turun semula kepada dua angka iaitu 55 kes dengan tujuh daripadanya merupakan kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 71 pesakit sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan keseluruhan bilangan yang sembuh adalah sebanyak  4,484 kes.

Seramai seramai 1,764 orang masih dirawat dengan 28 orang daripadanya di rawat di pusat rawatan rapi dan 13 daripada mereka memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada kematian baharu direkodkan dengan jumlah kematian kekal 105 kes.

“Daripada 55 kes baharu yang dilaporkan hari ini, tujuh kes adalah kes import. Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah 48 kes, iaitu 24 kes telah dikesan dari kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,764 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 di Putrajaya. -SM

 

(Visited 61 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button