Nasionalpilihan

Bilik Pameran Perodua diserbu pengunjung sejak pagi

Berikut adalah tawaran spesifikasi secara ringkas untuk setiap varian Perodua Alza Serba Baharu

MAKA berakhirlah penantian Keluarga Malaysia menunggu kemunculan Perodua Alza Serba Baharu apabila model itu dengan rasmi dilancarkan ke pasaran tempatan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob siang tadi.

Suara Merdeka sempat berkunjung ke Bilik Pameran Perodua di Bandar Seri Permaisuri Cheras petang tadi untuk melihat dengan lebih dekat sambutan orang ramai terhadap model Perodua Alza Serba Baharu ini.

Model Perodua Alza Serba Baharu varian AV dengan kemasan Gear Up sedang dipamerkan di hadapan Bilik Pameran Perodua Bandar Seri Permaisuri Cheras. Foto: Suara Merdeka

Rata-rata pengunjung teruja apabila dapat melihat dengan lebih dekat model Perodua Alza Serba Baharu ini di bilik pameran berdekatkan dan ada juga pelanggan yang hanya membuat tempahan pembelian pada hari ini walaupun pihak Perodua telah mula membuka tempahan untuk model tersebut sejak 23 Jun 2022 lalu kerana ingin melihat sendiri model sebenar sebelum berbuat demikian.

Penasihat Jualan Bilik Pameran Perodua Bandar Seri Permaisuri, Jien Wong berkata “Ramai orang datang ke bilik pameran kami bermula dari pagi tadi hingga kini untuk melihat model Alza ini dengan lebih dekat. Ramai juga yang telah membuat tempahan dari bulan lepas dan hari ini juga banyak tempahan kami terima untuk model ini dari pelanggan yang datang,”

“Kebanyakan pengunjung tertarik dengan tawaran varian yang pelbagai ditawarkan oleh pihak Perodua untuk model Alza ini mengikut budget serta keperluan mereka. Oleh kerana itu ada yang sanggup tunggu hingga ia dilancarkan sebelum membuat sebarang keputusan untuk membeli model ini walaupun inisiatif pengecualian cukai jualan telah berakhir padabulan lepas.” tambahnya lagi.

Penasihat Jualan Bilik Pameran Perodua Bandar Seri Permaisuri, Jien Wong bersama model Perodua Alza Serba Baharu varian H. Foto: Suara Merdeka

Sejak majlis pelancaran Perodua Alza Serba Baharu pagi tadi semua sedia maklum, MPV kompak itu ditawarkan dengan tiga varian iaitu:

  • Perodua Alza X: RM62,500
  • Perodua Alza H: RM68,000
  • Perodua Alza AV: RM75, 500

Kesemua varian Alza (D27A) menampilkan enjin sama 1.5 liter 2NR-VE 4-silinder aspirasi semulajadi. Enjin tersebut digunakan oleh Perodua Myvi dan Aruz namun ditala bagi menghasilkan kuasa lebih tinggi.

Enjin Alza menghasilkan kuasa maksimum 104.6hp (+2.6hp) dan tork maksimum 138Nm (+1Nm). Trenkuasa itu kemudian dipadankan dengan transmisi D-CVT yang menghantar kuasa ke roda depan.

Sebagai perbandingan Perodua Myvi menghasilkan kuasa 101hp dan tork 137Nm manakala Aruz pula menjana output 75hp dan tork 133Nm.

Kesemua varian Alza (D27A) menampilkan enjin sama 1.5 liter 2NR-VE 4-silinder aspirasi semulajadi. Foto: Suara Merdeka

Di samping memiliki aspek mekanikal sama, di bawah ini kami kongsikan spesifikasi secara ringkas peralatan yang ditawarkan mengikut varian:

Lebih menarik, Perodua menawarkan Bantuan Keselamatan Termaju (ASA 3.0) pada kesemua varian yang merangkumi:

  • Amaran pra perlanggaran depan dan Brek pra pelanggaran yang mengesan kenderaan pada kelajuan 4kmj hingga 120kmj dan pejalan kaki (4-60kmj)
  • Amaran Gerak Kenderaan Depan (Front Departure Alert)
  • Kawalan Kesilapan Menekan Pedal (Pedal Misoperation Control)
Pengunjung juga tidak melepaskan kesempatan untuk berswafoto dalam model Perodua Alza Serba Baharu ini. Foto: Suara Merdeka

Perlu diingatkan ASA ialah sistem bantuan pemanduan yang mengurangkan risiko pelanggaran dan bukan gantian kepada pemanduan selamat.

Di samping itu, ciri peralatan menarik lain yang ditawarkan pada ketiga-tiga varian adalah:

  • Lampu LED depan
  • Lampu ‘leaving home’
  • Lampu ‘follow me home’
  • Perehat tangan barisan kedua (baharu)
  • Pendingin hawa barisan belakang (baharu)

Itu secara ringkas tentang spesifikasi Perodua Alza Serba Baharu, untuk keterangan lebih lanjut bolehlah lawati laman web Perodua atau ke bilik pameran Perodua yang berhampiran anda. – SM

Artikel berkaitan > Perodua Alza Serba Baharu dilancar hari ini

 

(Visited 478 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button