BeritaPolitik

Najib nafi terbabit keluarkan arahan shoot to kill Altantuya

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan beliau terbabit mengarahkan pembunuhan Altantuya telah berlaku 13 tahun dahulu.

“Telah melalui ratusan hari perbicaraan selama bertahun-tahun di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan sampai ke Mahkamah Persekutuan yang memutuskan hukuman mati lima tahun dahulu. Sudah 19 bulan kerajaan PH memerintah.

“Saya telah mengarahkan pegawai saya membuat laporan polis terhadap saya tentang kes ini tahun lepas. Pihak polis juga mengesahkan tiada bukti untuk kaitkan saya dengan kes tersebut,” katanya dalam hantaran ke Facebook peribadinya.

Seorang lagi pegawai polis yang dijatuhkan hukuman mati dalam ke ini pun pernah bersumpah bahawa saya tidak terlibat.

“Tiba-tiba ada cerita perisik Rusia terkeluar pula. Dakwa saya yang arahkan pembunuhan Altantuya kerana dia perisik Rusia.

“Ada akuan bersumpah tiba-tiba keluar dari pihak polis yang telah dijatuhkan hukuman mati. Peguam bela sekian lama dia juga terkejut dengan akuan bersumpah tertiba dari anak guamnya,” katanya.

“Kalau nak percaya akuan bersumpah dari seorang yang sudahpun dijatuhkan hukuman mati maka adakah kita juga perlu percaya akuan bersumpah bahawa bakal PM ke-8 telah mencabul bekas pegawai lelaki dia tahun lepas?” soal Najib.

“Adakah hukuman mati bakal di tarik balik atau ditangguhkan dengan akuan bersumpah ini?” tambahnya.

Secara logik, kata Najib, jika beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri masa itu begitu berkuasa dan begitu kejam sehingga mengarahkan pembunuhan seorang wanita yang sedang mengugut US$500,000 dari seorang kenalan saya, kenapakah ahli-ahli politik PH semua baik-baik belaka sahaja masa saya lebih berkuasa sebagai Perdana Menteri?

“Tak dijelaskan juga kenapa perisik Rusia perlu ugut dibayar US$500,000.

“Saya diberitahu bahawa perbicaraan kes 1MDB dan SRC saya tidak memberi impak yang diinginkan oleh PH manakala usaha cybertrooper serta propaganda mereka juga jauh ketinggalan,” katanya.

Najib berkata, apa yang beliau tulis dalam media sosial yang disertakan fakta dan bukti serta apa yang diucap dalam ceramah-ceramah saya amat sukar untuk dibalas atau disangkal oleh PH.

Ada penganalis yang berpendapat juga bahawa fakta-fakta yang saya keluarkan merupakan antara senjata paling tajam yang menyumbang kepada kekalahan teruk PH di PRK Tanjung Piai, katanya.

“PH sekarang amat fobia dengan gelaran kerajaan sepenggal. Oleh itu, mereka perlu keluarkan lagi konspirasi baru untuk menentang dan memfitnah saya.

“Saya juga diberitahu bahawa cerita baru PH ini membuka jalan kepada kerajaan PH untuk menahan dan penjarakan saya tanpa jaminan kerana kes pembunuhan tak membenarkan jaminan.

“Barulah saya boleh disenyapkan oleh PH,” katanya.

(Visited 151 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.
Back to top button