Mahkamahpilihan

Mahkamah keluarkan waran tangkap terhadap Pengerusi Tetap Armada Nasional

Mahkamah Tinggi Pilihan Raya Melaka mengeluarkan waran tangkap terhadap Pengerusi Tetap Armada Nasional dan juga Ketua Armada Wilayah, Akmal Zahin Zainal Zahir setelah gagal menghadirkan diri sebagai saksi hari ini.

Akmal Zahin diarahkan untuk hadir ke Mahkamah Tinggi Pilihan Raya Melaka di Ayer Keroh Melaka untuk memberi keterangan berkenaan dakwaan beliau telah memberikan sogokan sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di dalam Parlimen Masjid Tanah.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar mengeluarkan waran tangkap pada hari ini setelah Akmal Zahin gagal untuk hadir ke mahkamah pada tarikh perbicaraan hari ini bagi Petisyen Pilihan Raya bagi Parlimen Masjid Tanah.

Sewaktu perbicaraan Petisyen Pilihan Raya bagi Parlimen Masjid Tanah, video Akmal Zahin memberikan sampul yang dipercayai mengandungi wang kepada pengundi-pengundi di dalam Parlimen Masjid Tanah telah dikemukakan ke Mahkamah.

Waran tangkap turut diberikan kepada bekas Setiausaha Sulit kepada Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati, Noor Hashimah Noordin kerana gagal hadir ke Mahkamah sebagai saksi sepina.

Petisyen Pilihan Raya bagi Parlimen Masjid Tanah adalah melibatkan dakwaan pemberian sogokan wang kepada pengundi-pengundi di dalam Parlimen Masjid Tanah semasa PRU15 yang lepas.

Mahkamah Pilihan Raya kemudiannya menetapkan tarikh 11 September ini untuk kehadiran kedua-dua saksi tersebut. – SM

(Visited 140 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button