Nasional

JIM dan JPN bawah KDN disiasat

DUA agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang disiasat berhubung dengan dakwaan amalan rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan pegawainya.

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, dua agensi itu ialah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menurut beliau, sewaktu lawatan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 1 KLIA) semalam, mendapati masih ada kelompok kecil pegawai imigresen yang terbiasa dengan amalan dan sistem lama.

“Saya pergi dan merumuskan untuk mempertahankan integriti imigresen serta masih menekankan supaya tindakan segera dan keras diambil terhadap beberapa kelompok kecil yang selesa dengan cara lama,” katanya menerusi ucapan semasa Perhimpunan Bulanan warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), hari ini.

Beliau berkata, situasi yang sama berlaku di JPN apabila terdapat segelintir pegawai yang meminta bayaran untuk mengeluarkan sijil kewarganegaraan.

“Semalam saya terima maklumat JPN disiasat. Kita memudahkan kepada orang yang layak mendapat kewarganegaraan dan sebagainya. Untuk mendapatkan sijil itu, lagi dikenakan bayaran,” katanya. – SM

(Visited 160 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button