Politik

Kerajaan perkukuh suara di Dewan Negara

Tiga pemimpin Bersatu angkat sumpah sebagai senator

Tan Sri Dr. Rais Yatim, Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad dan Muhammad Zahid Md Arip akan dilantik sebagai Senator mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Dewan Negara.

Malaysia Gazette melaporkan, ketiga-tiga pemimpin Bersatu itu akan dilantik sebagai Senator.

Rais merupakan Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sembilan dan juga Ketua Bersatu Bahagian Jelebu.

Muhammad Zahid sebelum ini bertugas sebagai setiausaha politik kepada perdana menteri ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad menyandang jawatan itu selama 21 bulan, tetapi kini difahamkan berpindah kem Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain itu, dua pemimpin Pas yang bakal menjadi Senator ialah Naib Presidennya, Idris Ahmad dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas, N Balasubramaniam.

Berdasarkan senarai edaran yang dikeluarkan oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S A Vigneswaran, lima bakal Senator berkenaan akan mengangkat sumpah pada 22 Jun ini.

Sebelum ini Dewan Negara dikuasai oleh pembangkang hingga menyukarkan undang-undang baharu atau pindaan undang-undang dilaksanakan.

Maklumat daripada laman web Parlimen Malaysia, Dewan Negara dianggotai 70 ahli dengan 43 daripada Barisan Nasional (BN), lapan daripada Pakatan Harapan (PH) dan lima Bebas.

Pada masa ini seramai 70 ahli Dewan Negara bergelar senator di mana hanya 26 daripada 70 yang dipilih melalui pengundian oleh negeri dengan 2 senator setiap negeri di Persekutuan dan 44 lagi dilantik dan dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong.

Tugas Dewan Negara ialah mengkaji semula dan meluluskan rang undang-undang yang dibawa naik oleh Dewan Rakyat.

Kedua-dua dewan perlu meluluskan rang undang-undang yang dibuat sebelum dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan Baginda.

Dewan Negara mempunyai kuasa dan pengaruh yang lebih besar dalam soal suatu Rang Undang-undang yang bertujuan membuat pindaan kepada Perlembagaan Malaysia.

Dewan Negara mempunyai kuasa untuk menolak dan membatalkan sebarang Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang memerlukan kelebihan suara majoriti 2/3 dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat pada bacaan kali kedua dan kali ketiga.

Pindaan Perlembagaan Malaysia bukan sahaja mesti diluluskan oleh majoriti 2/3 di Dewan Rakyat sahaja tetapi juga mesti diluluskan dengan majoriti 2/3 di Dewan Negara yang berhak menggunakan kuasa vetonya jika Rang undang-undang untuk meminda Perlembagaan Malaysia itu ditolak.

Kuasa veto yang dipunyai oleh Dewan Negara berkenaan Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan telah diperuntukkan di bawah – Perkara 68(5) Perlembagaan Persekutuan Malaysia. – SM 

(Visited 157 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button