Nasional

Covid-19: Kegiatan agama, ekonomi, aktiviti riadah disekat di Sabah

SABAH telah menghalang beberapa aktiviti termasuk melibatkan kegiatan ekonomi bagi menghalang penularan Covid-19 di negeri tersebut.

Ketua Menterinya, Hajiji Mohd Noor berkata, pihaknya menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah telah pelaksanaan Kawalan Pergerakan Rentas Daerah bermula 3 Oktober hingga 16 Oktober depan.

“hanya operasi permis perniagaan untuk perkhidmatan dan barangan perlu sahaja dibuka.

“Orang ramai tidak dibenarkan untuk makan di restoran, kedai makan atau gerai makanan tepi jalan.

“Pasar malam, tani dan semua jenis rumah ibadat juga akan ditutup,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, taman awam dan pusat rekreasi sama ada di dalam atau luar bangunan juga akan ditutup.

Jelasnya, perpustakaan awam dan semua sekolah termasuk tadika dan pusat jagaan kanak-kanak juga akan ditutup.

“Bagi kemudahan kenderaan awam pula, hanya 50 peratus daripada jumlah penuh penumpang yang akan dibenarkan naik.

“Manakala kenderaan persendirian pula terhad kepada dua orang sahaja,” ujarnya.

Tambahnya, semua rakyat Sabah diingatkan supaya sentiasa mematuhi arahan dan pematuhan operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan untuk memerangi pandemik Covid-19 -SM

(Visited 157 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button