Nasional

Perkukuh hubungan kerjasama diplomatik melalui pendidikan

HUBUNGAN diplomatik penting dalam aspek kerjasama antarabangsa, malah pertukaran pendidikan dan budaya juga dilihat sebagai medium penting bagi membentuk hubungan dua hala yang lebih kukuh dalam jangka masa panjang bagi sesebuah universiti.
Sehubungan itu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Pusat Antarabangsa dan Mobiliti (IMC) mengadakan Majlis Minum Petang Bersama Komuniti Diplomat Asing Selasa lalu bagi memperkukuhkan lagi perhubungan dan kerjasama di antara wakil diplomat luar negara berfokuskan bidang pendidikan.
Majlis yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental itu diadakan bertujuan menyahut seruan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan tinggi global.
Md Amin (duduk tiga dari kiri) bersama atase yang menghadiri Majlis Minum Petang Bersama Komuniti Diplomat Asing di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.
Majlis yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental itu  dihadiri oleh seramai sembilan diplomat asing iaitu Pesuruhjaya Tinggi Namibia, Mr. Herman Pule Diamonds;  Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Maldives,  Mariyam Mizna Shareef; Kaunselor Pertama Kedutaan Palestin, Mohammed I.S. Abudagga;  Setiausaha Pertama Kedutaan Jepun,  Saito Yukiyoshi ; Setiausaha Pertama (Politik), Kedutaan Singapura,  Muhammad Amin bin Abdul Rahim; Setiausaha Kedua (Politik), Kedutaan Afrika Selatan,  Mmaphala Hellen Legodi ;(Atase Pendidikan), Kedutaan Indonesia, Prof. Dr. Muhammad Firdaus; (Atase Budaya) Kedutaan Iraq, Prof. Dr. Ahlam Neamah Lafta serta  Setiausaha Pertama (Pendidikan, Pelancongan dan Kebudayaan), Kedutaan Uzbekistan, Mr. Elbek Saidov.
Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata majlis itu medium perbincangan kolaborasi  Surat Hasrat (LoI), Memorandum Persefahaman (MoU) serta Memorandum Perjanjian (MoA)  Antarabangsa bersama negara-negara yang terlibat.
Antara atase yang hadir .
Katanya, antara  perkara yang dibincangkan mencakupi fokus kerjasama pendidikan terutama dalam Pendidikan Keusahawanan, Teknologi Digital dan Kreatif.
Selain itu, katanya, kerjasama program mobiliti pertukaran pelajar dan edutourism dapat menarik potensi lebih ramai pelajar ke Malaysia.
Persembahan tarian tradisional menyerikan majlis .
“Selain itu, cadangan kolaborasi pendidikan yang berfokus kepada jalinan kerjasama bersama universiti, institusi dan kementerian pendidikan akan dibuat sekali gus bakal merancakkan lagi pertukaran kepakaran dalam bidang pedagogi pendidikan.
Beliau berkata kerjasama kolaborasi pendidikan ini diharapkan dapat dilaksanakan dengan jayanya pada masa akan datang dalam mempromosikan imej UPSI di peringkat global.
“UPSI sangat komited dalam menjalinkan perhubungan terus dengan institusi untuk merealisasikan misi pengantarabangsaan pendidikan, “ katanya.
Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan  Antarabangsa), Prof. Marzita Puteh dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan  Inovasi), Prof. Dr. Suriani Abu Bakar. -SM
(Visited 59 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button