Hiburan

Hormatilah saya, jangan minta saya buka tudung – Mia Sara

SEPERTI diminta untuk hadir sesi bergambar, tetapi perlu membuka baju.

Itu yang dialami oleh pelakon, Mia Sara Nasuha selepas dirinya kerap kali diminta untuk membuka tudung ketika menerima tawaran berlakon.

Menurut gadis berusia 16 tahun ini, dia merasa sungguh terkilan dengan permintaan tersebut yang seolah-olah tidak menghormati dirinya.

“Saya dah lama dalam industri seni dan orang pun sudah tahu yang saya pakai tudung.

“Benda logik la kalau orang itu kena hormat pendirian saya yang memakai tudung.

“Malah, beberapa hari lalu saya ditawarkan berlakon oleh seseorang dan permintaan sama diajukan kepada saya. Itu yang yang buat saya cukup terkilan,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui sewaktu majlis pelantikannya sebagai duta produk wangian badan jenama De’Xandra Youth, di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mia Sara (dua dari kiri) kini menjadi duta produk wangian badan De’Xandra.

Menurut Mia, disebabkan pendiriannya itu juga membuatkan dia terpaksa menolak banyak tawaran berlakon hingga disangka sudah tidak berada dalam industri seni.

“Memang saya banyak tolak tawaran berlakon yang meminta saya membuka tudung hingga ada yang ingat saya dah tak berlakon.

“Sedangkan saya dah setahun berlakon tetapi masih ramai yang tidak tahu. Disebabkan itu juga saya cuba mencari cara baru untuk menonjolkan diri saya termasuk menerusi cara menjadi duta produk,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon filem Nur Kasih The Movie ini juga berkata apa yang berlaku memberi sedikit tekanan kepada dirinya.

Jelasnya, permintaan buka tudung itu bukan sahaja datang daripada produksi, tetapi juga melibatkan stesen televisyen besar yang seakan tidak memamahi pendiriannya.

“Memang saya tertekan dan terguris hati. Tetapi untuk meninggalkan dunia lakonan adalah sesuatu yang tidak akan dilakukan.

“Lagipun saya dah bermula dalam industri seni sejak kecil lagi. Keluarga pun memberi sokongan penuh terhadap apa yang saya lakukan,” katanya.

Mia antara pelakon kanak-kanak yang cukup terkenal dalam industri seni tempatan dan mula mengenakan tudung sejak berusia 11 tahun. -SM

(Visited 1,754 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button