Uncategorized

Covid-19: Jumlah kematian dan jangkitan menurun semalam

Malaysia mencatatkan 116 kematian Covid-19 baharu semalam (23 Sept) menurun daripada 487 yang dicatat sehari sebelumnya.

Ini menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 menjadi 24,681.

Menurut laman web Kementerian Kesihatan (KKM) COVIDNOW, daripada keseluruhan kematian baru yang dilaporkan semalam 29 kes mati di rumah (BID), meningkatkan jumlah BID terkumpul negara menjadi 4,838.

Dari segi kematian Covid-19 per 100,000 orang, Pulau Pinang mendahului dengan 15.6 kematian diikuti oleh Johor (11.6) dan Sabah (7.5).

Rata-rata negari mencapai 5.9 kematian bagi setiap 100,000 orang.


Semalam, Malaysia melaporkan 13,754 kes Covid-19 baru, turun daripada 14,990 kes pada hari sebelumnya. Ini menjadikan jangkitan kumulatif negara menjadi 2.16 juta.-SM

(Visited 78 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button