NasionalUncategorized

Belia, penuntut IPT tunggu durian runtuh e-Tunai Rahmah

BAYARAN e-Tunai Belia Rahmah memperuntukkan RM400 juta kepada 2 juta belia berumur 18-20 tahun atau penuntut IPT sepenuh masa yang berkelayakan.

Pemberian bantuan kredit e-dompet RM200 secara one-off boleh digunakan untuk transaksi secara offline dalam usaha untuk membudayakan pembayaran tanpa tunai pada masa hadapan terutamanya dalam kalangan orang muda.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, pembayaran e-Tunai Belia Rahmah akan dilakukan dalam bulan Jun yang akan diuruskan oleh Kementerian Kewangan.

Hal ini telah memberikan kelegaan kepada golongan belia kerana bantuan tunai ini dapat membantu mereka dalam banyak perkara, lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi.

Melalui program ini, belia dapa membeli barangan atau perkhidmatan secara pantas dan mudah, sekaligus memberi impak positif kepada peniaga tempatan yang turut menerima manfaat daripada transaksi yang dilakukan.

Menerusi penggunaan e-tunai ini, golongan beliau juga dapat meningkatkan daya saing dalam era ekonomi digital dengan membiasakan diri melakukan transaksi secara digital.

Maklumat lanjut mengenai pembayaran e-Tunai Belia Rahmah akan diumumkan tidak lama lagi.

Selain daripada e-Tunai Belia Rahmah terdapat juga beberapa inisiatif lain yang dapat dimanfaatkan oleh belia di dalam Belanjawan 2023 melalui pautan https://budget.mof.gov.my/manfaat/ – SM

BACA Inisiatif Payung RAHMAH bersama Foodpanda Malaysia

BACA Belanjawan 2023: Konsep Payung Rahmah meminimum beban sara hidup

(Visited 252 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button