Nasional

Majlis bacaan Yasin, Tahlil, Qunut Nazilah untuk Palestin pupuk sahsiah terpuji warga KHAR

NASIB yang menimpa nasib rakyat Palestin, mendapat simpati pelbagai pihak sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Justeru, di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) melalui Exco Latihan Pembangunan dan Sahsiah Majlis Mahasiswa Kolej KHAR sidang 2023/2024 menganjurkan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil Perdana KHAR dan Qunut Nazilah Khas Palestin.

Antara mahasiswa UPSI yang menyertai majlis di Dewan KHAR.

Majlis diadakan di Dewan Kolej Harun Aminurrashid(KHAR) itu disertai 533 penghuni KHAR penghuni Islam, barisan felo blok kediaman, pentadbir dan pengetua kolej.

Pengarah program, Muhammad Shamir Zulkifli berkata program yang dimulakan dengan iringan zikir dan nasyid itu, diteruskan dengan majlis bacaan yasin, tahlil perdana dan qunut nazilah. Sebelum Maghrib, diadakan zikir munajat secara jama’i dialunkan memenuhi Dewan KHAR.

Mahasiswi KHAR yang turut serta mengimarahkan majlis.

“Usai solat Maghrib berjemaah, diteruskan pula dengan solat hajat dan diikuti dengan bacaan yasin dan tahlil perdana dan berakhir dengan bacaan surah al-Mulk dan qunut nazilah yang diketuai oleh Afdhal Danish.

Katanya, program itu bertujuan memupuk rasa cinta dan semangat dalam menunaikan fardhu kewajipan dan memberi kesedaran kepada mahasiswa tentang kepentingan bermunajat kepada Allah SWT selain mengeratkan hubungan silaturrahim antara penghuni kolej KHAR bersama pengurusan kolej KHAR.

Dr Che Anuar menyampaikan ucapan.

“Saya berpendapat program ibadah ini memberi kesedaran kepada mahasiswa meningkatkan keimanan sambil mengingati saudara-saudara seislam kita di Palestin yang sedang ditimpa musibah, ” katanya.

Pengetua KHAR, Dr. Che Anuar Che Abdullah berpuas hati dengan pengisian program yang dipenuhi ibadah fardhu, amalan-amalan sunat berserta zikir-zikir iringan.

“ Majlis ini sangat bermakna dalam membangunkan modal insan terutamanya penghuni KHAR bagi menerapkan nilai dan sahsiah terpuji.

Beliau berkata, KHAR perlu mengadakan majlis-majlis kerohanian bagi menyeimbangkan jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan pelajar yang berketerampilan baik.

Katanya, kehidupan di dunia ini perlulah mencari keredaan Allah supaya segala urusan dipermudahkan dan dalam masa sama mengingati jasa kedua ibu bapa.
“Program ini juga memberi impak positif kepada semua program yang bakal dianjurkan oleh KHAR terutamanya kepada Exco Pembangunan Latihan dan Sahsiah KHAR pada masa akan datang.

Sementara itu Penasihat Program, Puan Norrulkamari Daud mengucapkan rasa syukur majlis ini berjaya dijalankan dan berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang selari dengan tentatif program.

Majlis bacaan Yasin sedang berlangsung.

Menurut beliau, setiap AJK memainkan peranan mereka dengan komitmen dan bersungguh-sungguh bagi menjayakan majlis yang pertama bagi Exco Latihan Pembangunan dan Sahsiah KHAR sidang 2023/2024.

Hadir sama barisan felo KHAR yang sentiasa menyokong aktiviti KHAR iaitu Ketua Felo, Dr. Muhammad Ridhwan Sarifin, Hazman Ya’akob (Felo Blok Kediaman 1), Nurul Najwa (Felo Blok Kediaman 2), Norrulkamari Daud (Felo Blok Kediaman 3) serta Nazrin Yusri (Felo Kediaman 5).

Katanya, melalui ibadah-ibadah ini, dapat mengeratkan hubungan yang baik sesama warga kolej demi kehidupan yang harmoni, bahagia dunia dan akhirat. -SM

Baca Masjid seluruh Perlis diarah baca Qunut Nazilah bagi keselamatan rakyat Palestin

(Visited 76 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button