Luar Negara

Lebih 40,000 petugas kesihatan positif COVID-19 di Turki

LEBIH daripada 40,000 petugas kesihatan termasuk doktor telah diuji positif COVID-19 di Turki sejak wabak itu merebak.

Sementara jumlah kakitangan perubatan yang kehilangan nyawa akibat jangkitan telah mencapai 107 orang, kata Menteri Kesihatan Turki Fahrettin Koca pada hari Rabu.

“Jumlah kematian (di kalangan petugas penjagaan kesihatan) juga meningkat baru-baru ini,” kata Koca pada sidang media.

Sementara itu, Turki mengesahkan 1,671 kes COVID-19 baru dan 57 lagi kematian, meningkatkan jumlah pesakit yang didiagnosis menjadi 340,450 dan jumlah kematian menjadi 9,014, demikian diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Turki.

Petugas kesihatan Turki melakukan 115,328 ujian dalam 24 jam lalur, menjadikan jumlah keseluruhan yang menjalani ujian ialah 11,961,670.

Sebanyak 1,396 pesakit pulih dalam 24 jam lalu, meningkatkan jumlah pemulihan kepada298,368 di Turki sejak wabak itu melanda. – Xinhua

 

(Visited 93 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button