Luar Negara

Covid-19: India catat 90,000 baharu, kes harian tertinggi di dunia

INDIA mencatat lebih daripada 90,000 kes baharu Covid-19 hari ini yang merupakan catatan harian tertinggi di seluruh dunia.

Dalam tempoh 24 jam lalu sebanayk  90,632 kes baharu direkodkan.

Data Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Keluarga, menunjukkan  jumlah kematian meningkat 1,065  orang menjadikan keseluruhan 70.626 kematian.

India bakal melepasi Brazil pada hari Isnin sebagai negara kedua yang paling banyak terkena jangkitan Covid-19 dan akan berada di belakang hanya Amerika Syarikat, yang mempunyai 6.4 juta kes dan hampir 193,000 kematian.

Kes koronavirus di India telah mencapai 4.1 juta dan sekitar 3.2 juta orang yang terjejas telah dirawat setakat ini.

Pakar perubatan mengatakan negara itu berhadapan dengan gelombang kedua wabak di beberapa bahagian, dan jumlah kes itu meningkat kerana peningkatan ujian dan pelonggaran sekatan pergerakan orang ramai.

Kerajaan akan memulihkan sebahagian perkhidmatan kereta api metro di ibu negara New Delhi mulai Isnin.

Pengarah Institut Sains Perubatan All India di New Delhi, Randeep Guleria  dalam wawancara dengan India Today TV berkata, wabak itu tidak akan berakhir tahun ini kerana virus tersebut telah merebak dari bandar-bandar besar ke bahagian lain negara itu.

India telah mencatat kes Covid-19 harian tertinggi di dunia selama hampir satu bulan walaupun pemerintahnya menggalakkan membuka perniagaan untuk menghidupkan ekonomi.

(Visited 125 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button