NasionalNegeri

Rakyat perlu suburkan semangat kesukarelawanan – Raja Muda Perlis

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah agar semangat kesukarelawanan sentiasa dihayati dan disuburkan dalam kalangan rakyat.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan MAIPs pada salah seorang penerima asnaf dari anak kariah Paya dan Padang Lati di Masjid Jannatul Naim, Beseri Sungai Paya, Beseri.

Semangat kesukarelawanan dapat memupuk semangat saling tolong menolong dan membantu, selain dapat mempertingkatkan lagi tindakan efisyen ke arah kesejahteraan dan kelestarian kehidupan rakyat sejagat.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat mengurniakan ‘Anugerah Muallaf Contoh 2023’ daripada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada Maisarah Abdullah atau nama lainnya iaitu Kingkan Panya di Masjid Jannatul Naim, Beseri Sungai Paya, Beseri.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berangkat pada majlis sumbangan MAIPs pada asnaf dari anak kariah Paya dan Padang Lati di Masjid Jannatul Naim, Beseri Sungai Paya, Beseri.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Maisara merupakan pemegang Ijazah dalam Jurusan Pendidikan Bahasa Inggeris dari Universiti Chiang Mai, Thailand menerima sumbangan sebanyak RM1000 dan juga cenderamata daripada MAIPs selain sijil.

Beliau mempunyai pengalaman luas sebagai seorang sukarelawan serta pernah menjadi penterjemah di Bangkok Asian Games dan juga di Chiang Mai Sea Games.

Kini beliau bergiat aktif sebagai Jurulatih Bolatampar di SMK Tengku Suleiman dan SK Beseri, Perlis.

Ibu tunggal kepada 4 orang anak ini berniaga beras pulut secara kecil-kecilan bagi menyara keluarganya dan terus mendalami dan mendapat bimbingan berkaitan Agama Islam di PERKIM Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah pada majlis sumbangan MAIPs pada asnaf dari anak kariah Paya dan Padang Lati di Masjid Jannatul Naim, Beseri Sungai Paya, Beseri.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah, ‘Maisara merupakan salah satu contoh Muallaf yang cekal dan sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu serta memperbaiki kehidupan diri serta keluarga. Sikap sebeginilah yang perlu dicontohi dan diteladani semua’.

Dalam majlis yang sama, Raja Muda turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada seramai 140 asnaf terpilih dari kalangan anak kariah Paya dan Padang Lati di mana masing-masing menerima RM700 menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM98,000 pada kali ini. – SM

BACA Kejayaan Dr. Latifah Munirah jadi pembakar semangat warga UniMAP

(Visited 53 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button