Hiburan

MK dituduh tak layak jadi duta pusat akademik dan tuisyen

APA saja yang dilakukan anggota kumpulan K-Clique bernama MK ini pasti akan meraih perhatian, tular dan sohor kini. Aura dan penangan jejaka kelahiran Tawau, Sabah ini cukup padu.

Termasuklah ketika artis yang sinonim dengan imej ‘bad boy’ itu berkongsi gambar menayang badan. Malah ketika dia memakai gelang emas pun yang terang terangan dianggap satu dosa bagi golongan lelaki teruk dia dikecam.

Malah setiap entri tak kira video atau gambar pegun di laman Instagram pemilik nama penuh, Muhammad Hairi Amin Hamdan ini pasti akan mendapat tanda suka dan tontonan ramai.

Baru baru ini lantikannya sebagai duta pusat akademik dan tuisyen PTTI Group Sdn Bhd dipertikaikan.

Ramai beranggapan jejaka kacak berusia 25 tahun itu tidak layak selain kurang sesuai dengan imej yang dipaparkan seperti memakai gelang emas.

“Tentang hal itu (tidak mahu memakai gelang emas), doa saja yang baik baik. Yang baik kita jadikan teladan dan buruk pula sebagai sempadan. Saya tak boleh nak kata ya atau tidak, takut memakan diri. Biarlah ia terjadi tanpa perlu dipukul canang.

“Cuma seiring usaha memperbaiki diri, saya cuba jadi lebih baik daripada sebelum ini. Karakter saya dalam dunia hiburan masih sama seperti dulu.

“Pastinya setiap sudut kecaman dan kritikan itu saya akan nilai. Yang mana perlu dielak, saya akan cuba mengelaknya termasuk dalam soal imej diri. Saya tak pernah sempurna.

“Di luar konteks kerja seni hiburan, saya tetap manusia biasa yang mahu mencari keseimbangan hidup,” kata MK.

Mengulas mengenai kecaman yang diterima, MK memberitahu yang perkara itu adalah sesuatu yang biasa.

“Saya anggap rezeki dalam hal apa dikongsi di media sosial tular dan mendapat perhatian. Dikecam itu biasalah. Macam jadi duta PTTI pun saya dipertikai kerana dianggap tak layak.

Mereka hukum saya tanpa tahu latar belakang akademik saya. Sampai ada anggap saya tak sesuai dek imej yang dipaparkan ketika menjadi artis.

“Apa lebih utama peranan itu buat saya jadi lebih bertanggungjawab. Saya sendiri dapat membentuk diri ini untuk menjadi lebih baik dan berdisiplin.

“Tapi rezeki tak pernah salah alamat. Amanah ini akan dipikul sebaik mungkin,” katanya yang mengikat setahun kontrak bersama PTTI

MK akur dan sedar bukan senang memuaskan hati semua orang tetapi kehidupan perlu diteruskan.

Malah, dia juga menganggap imejnya juga antara yang menyebabkan dia dihakimi dengan sebagai bad boy (budak jahat).

“Saya sendiri rasa ada calon lain yang lebih layak berbanding diri ini. Masa nak menerima lamaran PTTI ini pun saya ambil masa untuk menyatakan persetujuan

“Saya percaya PTTI ada sebab dan alasan tersendiri memilih diri ini. Saya percaya dengan adunan pencapaian akademik dan sedikit pengaruh saya, matlamat mereka untuk mendekatkan diri dengan generasi baru iaitu pelajar SPM boleh dicapai,” katanya

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali dengan nama Cikgu Fana berkata, mereka ada alasan konkrit memilih MK.

“Dalam hidup ini, kita pantas menghukum. ‘Dont judge a book by its cover’. Kami di PTTI ada sebab memilih MK.

“Umum tahu dia ada pengaruh besar dan hebat sebagai anak seni. Lihat saja bagaimana setiap entri di laman sosialnya mendapat perhatian dengan jumlah tanda suka dan tontonan ramai.

“Paling utama dia juga cukup cemerlang dalam bidang akademik. Mendapat keputusan SPM (5 A dan 3 B ) itu saya kira cukup hebat untuk anak muda berjiwa besar sepertinya,” kata Cikgu Fana. -SM

(Visited 374 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button