Nasional

Hanya 3 peratus tidak patuhi arahan PKP, termasuk 116 solat Jumaat

HARI ke-11 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksikan 97 peratus rakyat Malaysia patuhi  arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dalam memerangi wabak COVID-19.

Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiga peratus yang mengengkari arahan itu termasuk 116 orang yang ditahan kerana telah berkumpul untuk melaksanakan solat Jumaat di lima buah masjid berasingan.

Sejak PKP  dilaksanakan kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) menasihatkan orang ramai untuk bersembahyang di rumah masing-masing sebagai usaha mengekang penularan virus maut yang telah meragut 26 nyawa rakyat Malaysia dan lebih 27,000 nyawa di seluruh dunia.

Ismai Sabri juga berkata, polis telah menahan 320 individu semalam kerana tidak patuhi PKP menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan seramai 614 orang semenjak perintah tersebut dilaksanakan.

BACA:

Sementara itu, dalam tempoh 48 jam seramai 74 orang didapati positif di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang yang ketika ini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Pematuhan PKPD di kedua-dua kawasan itu kini telah mencapai 100 peratus.

Pihak polis bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga telah mengadakan sebanyak 1,046 sekatan jalan raya diseluruh negara dan melakukan 2149 pemeriksaan mengejut dan sejumlah 240,544 kenderaan telah diperiksa.

Sejak PKP dilaksanakan sehingga 25 Mac, pihak polis telah membuka sebanyak 393 kertas siasatan penjualan palsu atas talian berkaitan penutup mulut dan hidung yang melibatkan kerugian sebanyak RM3 juta.-SM

Ismail Sabri juga berkata, kes penipuan atau scammer juga semakin berleluasa termasuk penipuan atas talian dan panggilan telefon untuk membuat transaksi pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP).

Justeru beliau menasihatkan orang ramai agar berhati-hati.-SM

 

(Visited 111 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button