Nasional

Kedegilan masyarakat memaksa PKP dilanjutkan

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) mungkin terpaksa dilanjutkan ekoran sikap masyarakat di negara ini yang degil. Mereka lebih mementing kehidupan bersosial daripada keselamatan diri sendiri dan komuniti serara keseluruhan.

Bayangan bahawa PKP akan dilanjutkan itu telah diberikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, apabila beliau mengatakan jika berdasarkan kes baharu semalam, agak sukar untuk menghentikan PKP.

Ini kerana situasi Covid-19 sekarang masih jauh daripada terkawal.

Kes yang membabitkan kluster Rembau hingga menyebabkan tiga generasi terkena jangkitan Covid-19 adalah contoh klasik kedegilan rakyat negara ini dalam berhadapan dengan bencana wabak.

Kluster ini bermula dengan kakitangan sekolah yang menyertai Ijtimak Tabligh di Sri Petaling. Walaupun rayuan demi rayuan dibuat supaya mereka tampil menjalani, namun kakitangan di sebuah sekolah di Rembau itu tidak berbuat demikian. Malah merahsiakan.

Seperti yang dijelaskan oleh Dr Noor Hisham, penularan itu dipercayai berpunca daripada satu mesyuarat yang diadakan di sekolah berkenaan di mana ia dihadiri kes indeks (kes ke-448) yang merupakan seorang peserta perhimpunan di Sri Petaling terbabit.

Selepas itu, beberapa guru dan kakitangan sekolah itu yang positif COVID-19 telah menjangkiti ahli keluarga mereka serta penduduk kampung sehingga menyebabkan tiga generasi jangkitan.

Satu lagi kedegilan ialah dalam tempoh PKP dan dengan pelbagai maklumat disebarkan elak lawat ahli keluarga, saudara mara atau rakan-rakan yang sakit dalam tempoh kritikal ini, itu pun tidak dipeduli.

Siasatan dalam kluster Rembau itu juga mendapati terdapat aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah saudara untuk melawat ahli keluarga yang tidak sihat, walaupun negara kini dalam tempoh PKP.

Rasanya kluster ini semuanya membabitkan mereka yang berpelajaran. Yang mampu membaca mesej tular tentang PKP, tentang bahaya virus Covid-19 dan sebagainya. Tetapi kenapa mereka tidak patuh kepada arahan PKP?

Selain itu kalau kita tengok jumlah kenderaan di atas jalan raya ini dalam tempoh PKP juga seperti tidak ada surutnya.

Di Putrajaya yang mana telah diisytihar sebagai zon merah, jumlah pergerakan kenderaan tetap banyak. Pasar, bank, kedai roti, kedai runcit, farmasi dan sebagainya tetap penuh dengan menusia.

Cukup jelas, masyarakat kita seperti berani mati dan tidak takut kepada penularan Covid-19 yang  angka korbannya meningkat setiap hari.

Mereka ini juga mungkin tidak hirau andai PKP dilanjutkan atau mungkin sampai ke tahap perintah berkurung yang boleh melumpuhkan ekonomi negara untuk satu jangka masa lama.

Di Wuhan pusat pendemik virus COVID-19, perintah berkurung dihentikan hari ini apabila kira-kira seminggu tiada jangkitan baharu dilaporkan.

Wuhan melaksanakan perintah berkurung atau lockdown

Menurut laporan BERNAMA PKP sepatutnya tamat pada 14 April ini selepas disambung untuk pusingan kedua bermula 18 Mac lalu.

Ura-ura memang menyebut PKP akan disambung kerana ramai pihak juga gusar keselamatan setakat ini untuk keluar ke kawasan awam, terutama pejabat dan sekolah.

Masyarakat perlu lebih memahami peri penting PKP dalam memutuskan rantaian jangkitan virus maut itu dan pastinya mereka perlu terima dan perlu lebih berdisiplin jika kerajaan menyambung sehingga ke akhir bulan ini.

Kita pastinya tidak mahu masalah yang dihadapi di negara Eropah dan Amerika Syarikat yang lambat mengambil tindakan PKP dan sukar menangani penduduk yang berdegil tidak mahu mematuhi arahan pihak berkuasa. – SM

(Visited 147 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button