Politik

Guna pendekatan ‘cash is king’ pada skala paling besar bantu rakyat

KERAJAAN Perikatan Nasional diharap akan menggunakan pendekatan ‘cash is king’ pada skala yang paling besar dalam pakej rangsangan ekonomi tambahan hari ini,

Tujuannya adalah untuk membantu rakyat yang terhimpit akibat wabak COVID-19.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, satu persatu negara di seluruh dunia ketika ini sedang menggunakan pendekatan ‘cash is king”.

Matlamatnya adalah untuk menyelamatkan ekonomi nergara masing-masing daripada krisis ekonomi yang dicetuskan oleh virus maut COVID-19.

Jelas Najib, Perikatan Nasional tidak perlu takut menggunakan pendekatan ‘cash is king’ tersebut kerana kerajaan boleh membina semula rizab dan kekayaan negara selepas krisis COVID-19 berlalu.

“Dulu kita mampu bina, masa depan pun kerajaan mampu bina semula. Inilah maksud sebenar ‘cash is king’ yang sebelum ini pernah diputar belit dan dihina oleh PH berulang kali sebelum PRU14.

“Dulu saya cuba jelaskan kepada dia, tapi dia tak mahu faham atau pura-pura tak mahu faham. Dia perli dan hina pula.

“Ramai rakyat juga yang diperdaya oleh penipuan dia masa itu bahawa cash is king ialah perkara buruk dan ekonomi kita sudah dimufliskan Najib walaupun kita telah menaikkan kekayaan negara dengan kadar paling besar dalam sejarah. Tapi itu sudah jadi sejarah.” kata Najib.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 di bawah pentadbirannya, Kerajaan Barisan Nasional telah berjaya menaikkan rizab dan kekayaan negara sebanyak RM1.2 trilion dari RM800 bilion pada tahun 2008 ke RM2 trilion.

Najib berkata, ketika ini adalah masa paling tepat untuk menggunakan rizab dan kekayaan negara untuk membantu seberapa rakyat yang mungkin.bagi mengharungi krisis ekonomi yang dicetuskan oleh COVID-19

“Kini saya cuma harap kerajaan PN gunakan rizab dan kekayaan ini dengan sebaik-baiknya dan pada skala paling besar mungkin dengan kadar secepat mungkin untuk selamatkan negara dari krisis COVID-19.

“Kini bukan masa untuk main-main atau menipu lagi,” kata Najib.

Beberapa akhbar ekonomi terkemuka dunia termasuk The Wall Street Journal dan Forbes menyarankan pendekatan ‘cash is king’ dalam memulihkan ekonomi dunia dan negara sekaligus membantu rakyat mengharungi saat sukar ketika ini akibat serangan virus COVID-19.-SM

(Visited 196 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button