Nasional

Kalah lima PRK mereka masih tidak faham – Dr. Mahathir

PERDANA Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sedar akan potensi Pakatan Harapan (PH) untuk menjadi kerajaan sepenggal berdasarkan kepada sokongan rakyat ketika ini.

Kata, jika para pemimpin PH tidak berubah maka tidak mustahil mereka hanya menjadi kerajaan sepenggal.

Selepas kalah dalam lima pilihan raya kecil (PRK) berturut-turut, katanya, semua orang sepatutnya faham akan situasi sebenar.

“Kita kalah lima pilihan raya kecil dan mereka masih tidak faham.

“Saya beritahu mereka, dalam demokrasi kita perlu sokongan kuat orang ramai.

“Sebaliknya, mereka bergaduh sesama sendiri dan pecah-belahkan rakyat… Mereka tidak akan menang kecuali mereka ubah cara,” katanya  dipetik berkata kepada pemberita di Langkawi oleh Reuters.

Daripada 10 PRK, PH hanya menang lima dan kalah di lima PRK terakhir.

PH tewas di Parlimen Cameron Highlands, DUN Rantau,DUN Semenyih, Parlimen Tanjung Piai dan terbaharu semalam 18 Januari 2020, Kimanis dipertahankan oleh BN.

Tinjauan juga menunjukkan populariti gabungan itu merosot di kalangan orang awam.

(Visited 62 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button