Nasional

Covid-19: 36 kes, terendah hari ini

USAHA Malaysia dalam memerangi penularan Covid-19 terus menunjukkan perkembangan jumlah kes positif baharu dicatatkan hari ini adalah yang terendah dengan 36 kes, sejak 12 Mac lepas.

[BACA] Sewa rumah: Tangguh atau kurangkan – Asyraf — Suara Merdeka

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiada kematian dilaporkan hari ini, mengekalkan jumlah keseluruhan kematian pada 89.

“Jumlah kes pulih pada hari ini juga melebihi kes baharu dengan 98 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dan

“Telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,295 kes atau 60.74 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya pada sidang media hari ini.

Tambah beliau, jumlah kes positif  kini adalah  5,425 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 2,041 kes.

Sehingga kini, 45 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), 28 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

[BACA] Terima pelarian Rohingya bantut usaha kekang Covid-19 — Suara Merdeka
[BACA] Bekas penyampai Berita RTM, Farith Ismeth Emir meninggal dunia — Suara Merdeka

Jelasnya lagi, ia adalah hasil daripada tindakan proaktif dan agresif dalam mengesan kes terutama dalam tempoh dua minggu lepas.

Beliau tidak menolak kemungkinan jumlah atau bilangan kes baharu harian boleh kembali meningkat.

“Jumlah atau bilangan kes baharu mungkin boleh meningkat kembali dalam tempoh dua minggu akan datang.

“Ini kerana aktiviti pengesanan kes masih giat dijalankan terutama membabitkan rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara dan di lokaliti di bawah PKP Diperketatkan (PKPD),” katanya.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan mulai 18 Mac lepas, pola graf kes positif baharu harian di negara ini  tidak menentu.

Ketika PKP fasa pertama dan kedua, bilangan kes tidak kurang daripada tiga angka dengan angka tertinggi 235 kes pada 26 Mac.

[BACA] 26 rakyat Malaysia di Amerika Selatan dibenar pulang — Suara Merdeka
[BACA] COVID-19: Pujian tinggi melambung `membunuh’ Singapura — Suara Merdeka

Hari ini, pada minggu keenam PKP dikuatkuasakan, Malaysia mencatat kes positif harian dengan dua angka untuk tiga hari berturut-turut. – BERNAMA

(Visited 121 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button