Nasional

Covid-19: Empat kematian hari ini, 212 kes baharu

VIRUS maut Covid-19 terus meragut nyawa rakyat Malaysia dengan empat kematian berlaku hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 14 orang.

Mangsa ke-11 merupakan kes ke-1070 berumur 70 tahun lelaki. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan dirawat di unit rawatan rapi Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

Kes kematian ke-12 pula merupakan kes ke-1114 lelaki berumur 70 tahun. Beliau merupakan jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Jamek Sri Petaling dan dirawat di Hospital Kluang.

Mangsa ke-13 merupakan kes-1006 lelaki berumur 49 tahun. Beliau dirawat di Hospital Umum Sarawak dan merupakan anak kepada kes ke-1031.

Kematian ke-14 merupakan wanita berusia 51 tahun dan merupakan kes-595. Beliau merupakan kontak rapat dengan kes positif Covid-19 dari kluster tabligh dan dirawat di Hospital Miri.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga pukul 12 tengah hari tadi sebanyak 1,518 kes positif Covid-19 dikesan di Malaysia.

Sejumlah 212 kes baharu dilaporkan hari ini dengan 123 kes kes berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling.

“Sehingga kini seramai 57 kes positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Tapi daripada jumlah tersebut 27 kes memerlukan bantuan pernafasan,” kata Dr. Noor Hisham.

Manakala sejumlah 20 kes pulih hari ini dan dibenarkan pulang menjadikan keseluruhan kes yang telah pulih adalah seramai 159 orang.-SM

(Visited 220 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button