Nasional

Covid-19: Dua kakitangan DBKL positif

DUA orang kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Kedua-dua mereka masing-masing daripada Jabatan Perancangan Bandar (JPRB) yang beroperasi di Tingkat 10, Menara DBKL 1 dan Jabatan Kawalan Bangunan (JKB) yang bertempat di Tingkat 26, Menara DBKL 3.

“Kakitangan JPRB ini disahkan positif COVID-19 pada 12 Okt lepas ekoran suaminya merupakan kontak kepada pesakit wabak itu di tempat kerjanya.

“Bagi kakitangan JKB pula disahkan dijangkiti COVID-19 pada 14 Okt selepas menjalani ujian swab di Klinik Kesihatan Cheras, dan beliau dipercayai mendapat jangkitan daripada ahli keluarga,” demikian menurut DBKL dalam kenyataan hari ini.

Ekoran itu, DBKL melalui Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar telah melaksanakan operasi nyah kuman di lobi, lif, tingkat 3, 11,12 dan 13 Menara DBKL 1 serta lobi, lif, tingkat 26, 28 hingga 31 Menara 3.

Operasi  itu turut dilaksanakan secara menyeluruh di Menara DBKL 1, 2 dan 3 mengikut jadual.

“JPRB telah menghantar senarai nama kontak rapat kepada pesakit ke Pejabat Kesihatan Daerah Gombak seterusnya memanjangkan senarai itu ke Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL).

“JKB juga telah menyerahkan dan memanjangkan senarai nama kontak rapat kepada Klinik Kesihatan Cheras dan JKWPKL,” kata kenyataan itu.

DBKL  memberitahu, operasi di ketiga-tiga Menara DBKL berjalan seperti biasa namun prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan akan diperketatkan bagi menjamin keselamatan pengunjung dan kakitangan. – SM

(Visited 294 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button