Negeri

Covid-19 di Sarawak: Kuching zon merah

KUCHING mencatat kes tertinggi Covid-19 hari ini dengan 21 kes, diikuti dua kes di Serian dan masing-masing satu kes di Samarahan dan Lundu.

Satu kluster baharu dikesan iaitu Kluster Pasar Satok dengan empat kes positif direkodkan.

“Semua mereka ini merupakan peniaga yang menjalankan perniagaan di Pasar Satok yang telah menjalani saringan pada 25 Julai dan 26 Julai 2020.

” Punca dan pengesanan semua kontak kes-kes ini sedang giat dijalankan,” kata Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Jelas Uggah, kesemua kes Kluster Pasar Satok tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala.

Sementara itu, Kuching telah bertukar daripada status kuning kepada status merah selepas 16 kes tempatan baharu dilaporkan.

Ini menjadikan jumlah kes tempatan yang dilaporkan dalam tempoh 14 hari lalu, meningkat kepada 53 kes.

Manakala Serian bertukar status daripada status hijau kepada status kuning apabila dua kes tempatan baharu dilaporkan.

Turut bertukar kepada status kuning daripada hijau adalah apabila satu  kes tempatan baharu dilaporkan.

Kes Covid-19 di Sarawak secara keseluruhannya mencatat penambahan 25 lagi kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu mencecah 675 kes. -SM

(Visited 132 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button