fbpx
Luar Negara

Covid-19, denggi Singapura perlu buat sesuatu

JANGKITAN Koronavirus (Covid-19) di Singapura terus meningkat tinggi apbila mencatatkan 463 kes baharu di beberapa kawasan itu semalam.

Penambahan tersebut menjadikan keseluruhan jumlah jangkitan pandemik itu di sana adalah seramai 39,850 orang.

Kementerian Kesihatannya memaklumkan, terdapat tiga kawasan dikenal pasti menjadi lokasi persinggahan pesakit.

Iaitu, cawangan POSB bank di Pusat Rekreasi Kaki Bukit, HarbourFront Centre dan Waterway Point.

Kemudian satu lagi lokasi ditambah dalam senarai iaitu Mustafa Centre yang pernah dijadikan sebagai kluster pengesanan jangkitan.


BACA > Duit simpanan pesara RM740,000 lesap ditipu Macau Scam — Suara Merdeka

Lapor portal Channel News Asia (CNA), kementerian dalam satu kenyataan memaklumkan kepada orang ramai supaya elak daripada berkunjung ke tempat tersebut.

Menurutnya purata jangkitan dalam kalangan masyarakat turut dilaporkan meningkat daripada enam kes sehari kepada sembilan beranding minggu lepas.

Dalam perkembangan lain, jangkitan wabak denggi di negara temasek itu turut membimbangkan apabila mencapai jumlah jangkitan tertinggi dalam seminggu.

Menurut laporan portal yang sama, peningkatan 895 orang dalam masa lima hari adalah tertinggi dalam sejarah.

Peningkatan itu menjadikan jumlah jangkitan denggi di Singapura bagi tahun 2020 setakat ini adalah 10,732 orang.

BACA > COVID-19: Kebimbangan gelombang kedua meningkat di kala pelonggaran sekatan — Suara Merdeka

Akibat denggi, sekurang-kurangnya 12 kematian dicatatkan pada tahun ini melibatkan pesakit berusia 56 hingga 80 tahun.

CNA memetik sumber Agensi Persekitaran Kebangsaan (NEA) negara itu memaklumkan pandemik Singapura perlu berhadapan dengan dua wabak dalam satu masa.

Hal demikian kerana, negara berkenaan baharu sahaja memasuki tempoh masa iaitu Jun hingga Oktober yang merupakan waktu puncak jangkitan denggi.

Perkara itu membimbangkan mereka kerana pada peringkat awal tempoh lazim itu rekod jagkitan semasa sudahpun melepasi 891 kes yang dicatatkan sebelum ini.

BACA > Covid-19: Singapura batalkan perlumbaan F1 — Suara Merdeka

Justeru NEA menggesa kerajaan dan penduduk Singapura mengambil langkah sepatutnya bagi mencegah kedua-dua wabak ini. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button