NegeriRencah Hidup

Prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara landasan wujudkan keharmonian

KESETIAAN  kepada Raja dan Negara sebagai salah satu prinsip Rukun Negara menjadi landasan utama bagi mewujudkan keharmonian, keselamatan dan kemajuan negara.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kepentingan negara haruslah sentiasa diutamakan dan mematuhi undang-undang negara yang telah termaktub.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah pada majlis Santapan Malam Rejimental Sempena Pentauliahan Kadet PALAPES UniMAP Tahun 2023 di Raia Hotel & Convention Centre, Alor Setar.

“Pada masa yang sama kita perlu menghargai perbezaan budaya dan agama antara kaum dan memastikan bahawa hak setiap individu dilindungi di samping menghayati kemerdekaan negara yang diraikan pada 31 Ogos setiap tahun,” titah Baginda.

Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bertitah demikian ketika berkenan berangkat ke majlis Santapan Malam Rejimental Sempena Pentauliahan Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) UniMAP Tahun 2023 di Raia Hotel & Convention Centre, Alor Setar.

Keberangkatan tiba Baginda dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Pro Canselor UniMAP, disambut oleh Naib Canselor dan juga Komandan PALAPES UniMAP, Prof. Datuk Ts. Dr. Zaliman Sauli dan Timbalan Komandan, Mejar Muhamad Azuan Mohamad Nasir.

Turut hadir ialah Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim.

Majlis santapan yang dianjurkan oleh UniMAP pada kali ini adalah bagi meraikan para Pegawai Muda dari Batch Ke-15 yang telah memberi sumbangan kepada universiti selama tiga tahun berada di UniMAP sebagai pegawai kadet.

Tuanku Syed Faizuddin Putra diiringi Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Khalil termasuk Zaliman (dua dari kiri) dan isteri (kanan sekali) dan Muhammad (kiri sekali) pada majlis Santapan Malam Rejimental Sempena Pentauliahan Kadet PALAPES UniMAP Tahun 2023 di Raia Hotel & Convention Centre, Alor Setar.

Zaliman dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada Pegawai Muda kerana mereka berjaya mengimbangi antara akademik dan ketenteraan dalam satu-satu masa dan telah membuktikan bahawa ianya tidak mustahil untuk digapai.

“Pegawai muda semua sudah pasti akan menyumbangkan jasa dan bakti kepada agama, diri, ibu bapa, keluarga, bangsa, negara dan dunia seluruhnya, dalam apa jua bidang yang diceburi,” ujar beliau lagi.

Menurut beliau, seramai 39 orang Batch 15 ini telah pun bekerja di pelbagai syarikat multinasional seperti Intel, Infineon dan Inari, manakala 9 masih melanjutkan pengajian di UniMAP dan baki selebihnya sedang berusaha untuk mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan minat serta bidang kerjaya masing-masing.

Majlis pada malam itu turut diserikan lagi dengan Anugerah Pegawai Kadet Terbaik Palapes Unimap 2023.

Penerima Anugerah Pegawai Kadet Keseluruhan, Leftenan Muda Muhammad Badruzamman Ali, Anugerah Pegawai Kadet Ketenteraan, Leftenan Muda Mohammad Asyraaf Mohd Roslan dan Anugerah Pegawai Kadet Akademik, Leftenan Muda Tan Yu Xuan.

Manakala penerima bagi Anugerah Pegawai Kadet Kepimpinan, Leftenan Muda Muhamad Azim Fahmi Ruslan dan Anugerah Pegawai Kadet Ketabahan, Leftenan Muda Azzie Shafareena Mohd Azlan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Khalil bersama para hadirin pada majlis Santapan Malam Rejimental Sempena Pentauliahan Kadet PALAPES UniMAP Tahun 2023 di Raia Hotel & Convention Centre, Alor Setar.

Tuanku Syed Faizuddin Putra menzahirkan ucapan tahniah kepada semua Pegawai Muda yang diraikan pada majlis santapan ini.

Baginda berharap agar semua pegawai akan kekal secara aktif dalam aktiviti dan latihan agar pengetahuan ketenteraan yang dimiliki dapat terus dikembangkan dan ditambah baik. – SM

BACA UniMAP sahut lima inisiatif KPT lahir pekerja terbaik

BACA UniMAP terus kerja keras tawar kursus menarik-Raja Muda Perlis

(Visited 200 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button