Nasional

PKPD asrama Top Glove ditamatkan

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di asrama Top Glove, Klang ditamatkan hari ini.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan sebanyak 5,805 ujian saringan Covid-19.

“Jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 4,305 kes.

“Setelah 28 hari pelaksanaan PKPD di kawasan ini, KKM mendapati terdapat trend penurunan kes positif yang dilaporkan dan tiada lagi sampel saringan yang menunggu keputusan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, atas nasihat dan penilaian risiko KKM, sidang khas hari ini bersetuju untuk menamatkan
PKPD di Asrama Top Glove, Klang yang melibatkan asrama lelaki di Jalan Abadi 1A/KU8, asrama wanita di Jalan Abadi 1A/KU8 dan Jalan Abadi 10A/KU8 pada 14 Disember 2020.

Jelasnya, sehingga kini, daripada 28 kilang yang telah ditutup, 14 kilang telah dibenarkan beroperasi
semula selepas semua pekerja disaring dan kilang telah disanitasi, manakala baki 14 kilang lagi akan dibuka secara berperingkat.

Tambahnya, pihak pengurusan Top Glove juga diarahkan untuk mematuhi arahan berkaitan pengurusan wabak COVID-19 di kalangan pekerja selepas penamatan PKPD ini. -SM

(Visited 147 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button