NasionalNegeri

Golongan wanita perlu berkemahiran, daya kepimpinan kendiri

GOLONGAN wanita harus sedar akan pentingnya berkemahiran dan mempunyai daya kepimpinan kendiri untuk dijadikan sebagai aset bernilai bagi membangunkan jati diri, titah Raja Puan Muda Perlis.

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bertitah, pada masa yang sama, wanita yang arif mengenai hal kewangan juga mempunyai kebolehan tertentu.

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen bersama Pei See dengan kek sempena Sambutan Ulangtahun ke 25 Assata & Ella Baché Premium Salon di Kangar baru-baru ini.

Titah Baginda, ia termasuk untuk mengubah pemikiran masyarakat dalam pelbagai bidang khususnya berkaitan bidang keusahawanan.

“Kewangan juga merupakan perantara yang mampu menyumbang kepada kesejahteraan sosial wanita tersebut,” titah Baginda.

Raja Puan Muda bertitah demikian semasa berkenan berangkat menerima undangan ke Majlis Sambutan Ulangtahun ke 25 Assata & Ella Baché Premium Salon di Kangar baru-baru ini.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Pengusaha Pusat ‘Beauty Esthetique’ berkenaan di Perlis, Thian Pei See.

Baginda berkenan meluangkan masa melihat perkhidmatan yang ditawarkan oleh salon ini. – SM

(Visited 105 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button