Luar NegaraNasional

COVID-19: Angka kematian melebihi 40,000 di seluruh dunia

ANGKA kematian akibat virus COVID-19 kini mencecah 42,107 di seluruh dunia.  Itali mencatatkan angka tertinggi iaitu seramai 12,428 orang meninggal dunia akibat wabak maut yang masih belum mempunyai vaksin itu lagi.

Negara kedua mencatatkan kematian tertinggi juga dari Eropah iaitu Sepanyol seramai 8,464 orang. Diikuti Amerika Syarikat (3,860), Perancis (3,523), China (3,305), Iran (2,898) dan United Kingdom (1,789) dan Belanda (1,039).

Mengikut laman sesawang Worldmeter, Amerika Syarikat masih lagi negara paling ramai dijangkiti COVID-19 iaitu 187,347.

Diikuti Itali (105,792), Sepanyol (95,923), China (81,518), German (71,808), Perancis (52,128), Iran (44,605), United Kingdom (25,150), Switzerland (16,605), Turki (13,531), Belgium (12,775), Belanda (12,595) dan Austria (10,180).

Negara yang mempunyai peningkatan bilangan jangkitan melebihi 1,000 kes baharu sehari ialah Amerika Syarikat (+23,559), Sepanyol (+7,967), Perancis (+7,578), Jerman (+4,923), Iran (+3,110), United Kingdom (+3,009), Turki (+2,704), Kanada (+1,164), Portugis (+1,035) dan Brazil (+1,087).

Malaysia berada pada kedudukan ke-25 negara paling ramai dijangkiti COVID-19 iaitu sebanya 2,766 kes dan 43 kematian.-SM

 

 

 

 

(Visited 128 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button