Nasional

COVID-19: Angka kematian global kini 413,000

TANDA pagar ‘kita jaga kita’ masih terus kekal dalam kalangan rakyat Malaysia walaupun semalam, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuatkuasa demi kesejahteraan rakyat dalam terus mengekang penularan wabak COVID-19.

Dengan penerapan normal baharu yang menjadi budaya kehidupan masyarakat di negara ini, setiap warganegara harus sentiasa beringat agar prosedur operasi standard (SOP) terutamanya menjara jarak sosial sekurang-kurangnya satu meter menjadi amalan.

Menurut laporan ASTRO AWANI, statistik dari Johns Hopkins University menunjukkan angka kematian akibat COVID-19 global terus meningkat.

Pertambahan kes kematian harian yang tinggi di Brazil dan India melonjakkan jumlah kumulatif kematian global kepada lebih 413,000.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 112,000 kes.

United Kingdom merekodkan kes kematian kedua tertinggi dengan jumlah kumulatif 41,213 kes.

Peningkatan kes positif COVID-19 di Brazil turut mendorong kenaikan kes kematian dengan jumlah kumulatif lebih 38,000 manakala kes kematian di Itali berada pada paras 34,000 kes.

Sementara itu, Sepanyol dan Perancis masing-masing mencatatkan angka kematian 29,000 dan 27,000 kes.

Negara lain masih mencatatkan angka korban di bawah 14,000 kes. – SM

(Visited 47 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button