NasionalpilihanPolitik

Kalau nak halang ‘sakau berleluasa’, #JanganUndiZahid untuk jadi MP – Chegubard

Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard menegaskan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu dikalahkan dalam PRU15 jika mahu Malaysia stabil.

Hal ini demikian kerana menurut Chegubard, ketidak stabilan yang sedang berlaku dalam negara semuanya berpunca daripada Zahid yang mahu menyelamatkan diri.

Zahid menjadi punca masalah dan ketidakstabilan dalam negara dan jika diteliti, Kerajaan dan UMNO sendiri pun tidak stabil bermula sejak Julai 2020.

“Zahid menyebabkan rakyat terpaksa mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor walaupun Covid-19 sedang melanda.

“Dan kini, rakyat terpaksa keluar mengundi pada musim hujan dan terpaksa berdepan dengan kemungkinan banjir,” katanya.

Chegubard berkata demikian dalam sidang media Jangan Undi Zahid yang berlangsung di EDC Hotel Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Tidak perlu disembunyikan, Zahid juga menjadi asbab rakyat yang telah membuat perancangan untuk bercuti dan mengerjakan umrah tidak dapat mengundi.

Rakyat dan para pengundi perlu tahu bahawa Zahid bukan sahaja menjadi punca kegagalan penyatuan ummah malah menjadi asbab UMNO bergolak sehingga kini.

“Semua ini terjadi kerana Zahid Hamidi mahu menyelamatkan diri daripada dihukum oleh mahkamah. Bukan saya yang cakap tetapi ramai.

“Antara yang bercakap demikian termasuklah Tun M, Muhyiddin, Anwar, Rafizi Tajuddin Rahman, Zahidi dan ramai lagi,” katanya.

Tegas Chegubard, tiada jaminan Zahid tidak akan menggugat kestabilan negara dan politik jika beliau masih berkuasa dan menang sebagai Ahli Parlimen.

“Atas sebab itu.. jika kita ingin menghalang ketidakstabilan, jika mahu penyatuan ummah, jika nak halang rasuah dan sakau berleluasa, #JanganUndiZahid.

“Jangan lupa, Zahid juga punca projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) lambat siap, maka saya ingin mengajak kita semua untuk pastikan Zahid kalah dan tidak lagi dipilih menjadi Ahli Parlimen,” katanya.

Dalam pada itu, Chegubard mendedahkan Zahid tidak kuat di kawasannya kerana beberapa faktor yang perlu diambil kira.

“Zahid hanya boleh menang 5,000 undi. Dia tidak lagi dapat 2,000 undi tentera. Apatah lagi 10,000 pengundi baharu yang tidak menyokong pemimpin rasuah.
“Saya ingin mengajak semua rakan baik daripada parti politik, penjawat awam, NGO dan sebagainya untuk bantu kempen #JanganUndiZahid,” tegasnya.

Bagi Chegubard dan gerakan #JanganUndiZahid, Zahid tak ubah seperti makhluk perosak di Bagan Datuk dan ibarat ‘syaitan’ kerana gagalkan Penyatuan Ummah! – SM

(Visited 430 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button