Hiburan

Showcase The Strollers pada 3 Disember ini

THE Strollers, sebuah kumpulan muzik tempatan yang popular sekitar awal tahun 1970-an dan dipercayai masih ramai peminat yang membesar dengan lagu-lagu mereka, bakal muncul dengan mengadakan showcase pada 3 Disember ini.

Pada hari persembahan yang akan diadakan di Shackaboom Restaurant & Bar, The Strollers pada jam 3 petang juga akan melancarkan set NewRremastered 50th.Anniversary special box.

Di dalam set istimewa CD itu nanti, dimuatkan dua lagu baharu untuk halwa telinga peminat.

Kumpulan yang dianggotai oleh lima ahli membawakan lagu-lagu Melayu dan Inggeris dengan genre rock psikedelik dan rock progresif.

Barisan asal The Strollers terdiri daripada Hussein Idris, Casper, Rizal, Nan dan Azlan menakala bekas anggotanya ialah Michael Magness, Nand Kumar, Billy Chang, Ramli, Terry, Richard, Azman Warren, Desi dan Lord.

Bagi para peminat The Strollers, boleh hubungi talian 01111092288 untuk tempahan tempat duduk. – SM

 

(Visited 59 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button