Luar Negara

Covid-19: 545 doktor meninggal dunia di Indonesia

Tim Mitigasi Ikatan Doktor Indonesia (IDI) mendedahkan sebanyak 545 orang doktor telah meninggal dunia dari Mac 2020 hingga 17 Julai 2021.

Ketua IDI. Dr. Mohd Adib Khumaidi berkata, sebahagian daripada tidak sedar telah dijangkiti wabak Covid-19 hinggalah berada dalam kritikal dan meninggal dunia.

Menurut Moh Adib pihaknya kini menggerakkan usaha bagi membantu rakan sejawat yang telah dijangkiti penyakit tersebut.

Tambah beliau terdapat doktor yang sakit tetapi tidak diketahui bila dijangkiti virus dan kumpulan berkenaan mengambil langkah tersebut bagi mengelakkan perkara yang sama terus berulang.

Sementara itu jumlah doktor paling tinggi meninggal dunia ialah di Jawa Timur sebanyak 110 orang, Jakarta 84 orang, Jawa Tengah 82 orang, Jawa Barat 78 orang, Sumatera Utara 38 orang dan bakinya di wilayah lain.

Kebanyakan doktor yang meninggal dunia ialah lelaki iaitu sekitar 84 peratus.

 

(Visited 350 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button