Nasional

Covid-19: 50 kes baharu 41 daripadanya warga asing

JUMLAH kes baharu Covid-19 naik 50 kes hari ini dengan 41 kes daripadanya adalah warga asing.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, 34 kes yang melibatkan warga asing telah dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Bukit Jalil.

“Mereka ini telah berada di dalam tahanan sejak sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac 2020,” Dr. Noor Hisham pada sidang media hari ini.

Ketika ini seramai 1,149 orang masih dirawat dengan 10 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi dan 7 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, 90 orang lagi sembuh Covid-19 menjadikan keseluruhan pesakit yang pulih berjumlah 5,796 orang daripada 7,059 yang dijangkiti.

Tiada korban baru berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang meninggal dunia akibat virus itu kekal 114 orang.-SM

 

(Visited 233 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button