Nasional

Covid-19: 13 lagi kluster baharu di kesan hari ini

SEBANYAK 13 lagi kluster baharu Covid-19 dikesan dengan 10 daripadanya berkaitan tempat kerja dan masing-masing satu kluster komuniti, pusat tahanan serta kumpulan berisiko tinggi.

Kluster tempat kerja itu ialah Jalan Bursa, Jalan Kepong, Jalan Tropicana, Jalan Bursa Selangor, Jalan Tiga Belas, Jalan Baru Pulau Pinang, Tapak Bina Persiaran Mutiara Pulau Pinang, Jalan Jinjang, Jalan Senai Utama, Teknologi Lot Enam dan Guntong Dalam.

Dr. Noor Hisham Abdullah

Manakala kluster komuniti membabitkan Tembok Tapah Perak dari Pusat Tahanan serta Jalan Cheras membabitkan Kumpulan Berisiko Tinggi.

“Kluster Jalan Bursa membabitkan daerah Petaling dan Klang di Selangor dengan 22 kes dikesan setakat ini.

“Kluster Jalan Kepong pula membabitkan daerah Kuala Selangor di Selangor dengan 23 kes dikesan positif Covid-19 setakat ini,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Kluster Jalan Tiga Belas membabitkan daerah Petaling dan Kuala Selangor di Selangor dengan 11 kes dilaporkan setakat ini.

Manakala, kluster Jalan Cheras pula membabitkan daerah Hulu Langat di Selangor dengan 24 kes dikesan sementara kluster Jalan Tropicana di daerah Petaling, Selangor ada 25 kes dilaporkan positif Covid-19.

Kluster Jalan Senai Utama pula katanya, membabitkan daerah Kulai di Johor dengan 131 kes positif Covid-19 setakat ini selain kluster Jalan Jinjang di Kepong di Johor dengan 12 kes dikesan setakat ini.

“Kluster Tapak Bina Persiaran Mutiara pula dari daerah Timur Laut di Pulau Pinang yang mana 14 kes dilaporkan positif Covid-19 setakat ini,” katanya.

Katanya, Kluster Jalan Baru pula membabitkan daerah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara di Pulau Pinang di mana 22 kes dikesan positif Covid-19.

“Kluster Guntong Dalam membabitkan daerah Setiu dan Besut di Terengganu di mana 43 kes dikesan setakat ini.

“Kluster Pengkalan Teras pula membabitkan daerah Besut di Terengganu yang mana 29 kes dilaporkan positif Covid-19 setakat ini,” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham, Kluster Teknologi Lot Enam membabitkan daerah Melaka Tengah, Jasin, dan Alor Gajah di Melaka yang mana 24 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

“Kluster Tembok Tapah membabitkan daerah Batang Padang di Perak yang mana 64 kes dikesan positif Covid-19,” katanya.

(Visited 75 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button