Nasional

11 saksi kes tembak KLIA sudah direkod keterangan

SEBANYAK 11 orang saksi kejadian tembak di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sudah diambik keterangan oleh pihak polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia membabitkan mangsa ketika kejadian termasuk mereka yang terkena balingan mercun oleh suspek, Polis Bantuan serta doktor yang merawat mangsa di lokasi serta di hospital.
“Setakat ini usaha buru suspek masih dijalankan dan kita percaya dia (suspek) masih dalam negara selain menempatkan anggota untuk menjejakinya di lapangan.
“Saya seru seperti mana saranan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman (Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain) agar penama itu tampil ke balai polis terdekat serah diri bagi memudahkan semua pihak,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA di sini pada Isnin.
Hussein juga menafikan yang tular di media sosial mengatakan terdapat penglibatan individu lain, dengan menegaskan tiada penglibatan suspek lain.
Katanya, uia ini berdasarkan pengesahan melalui keterangan saksi yang boleh sahkan identiti suspek.
“Kita juga mengesan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan penama yang lepaskan tembakan di KLIA itu adalah suami kepada mangsa iaitu Hafizul (Harawi).
“Tiada lain daripada itu. Buat masa ini siasatan dapati dia bergerak solo,” ujarnya.
Hussein turut mengesahkan mangsa iaitu pengawal keselamatan yang terkena tembakan berada dalam keadaan stabil.
“Mangsa terima beberapa siri rawatan dan doakan mangsa segera sembuh,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 pagi, Ahad, suspek berusia 38 tahun telah melarikan diri selepas melepaskan dua das tembakan dengan menyasarkan terhadap isterinya yang sedang menunggu ketibaan jemaah umrah. – SM
(Visited 11 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button