Berita

Covid-19: 10 peratus penduduk akan divaksin Julai ini

Sebanyak 10 peratus daripada populasi negara disasarkan akan memperoleh vaksinasi sepenuhnya menjelang pertengahan Julai ini.
Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, sasaran itu dibuat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF)
Dalam pada itu kata Khairy, seramai lapan juta daripada populasi negara akan menerima vaksinasi menjelang akhir bulan ini.
Sehubungan itu, beliau berharap jumlah pemberian dos akan meningkat kepada 10.7 juta menjelang pertengahan Julai.
“Berdasarkan kepada sasaran dengan mengambil kira bekalan vaksin dan kapasiti pusat pemberian vaksin (PPV), kami menjangka dapat mencapai 10 peratus pelalian penuh menjelang pertengahan Julai ini.
“Ketika ini, bagi setiap 100 dos diberikan, 30 dos adalah dos kedua. Bagi memastikan 10 peratus daripada populasi atau 3.2 juta penduduk menerima imunisasi, kita perlu memberikan vaksin terhadap 10.7 juta dos,” katanya dalam sidang media mingguan CITF, pada Isnin.
Khairy menjelaskan, bagi mencapai sasaran tersebut, kerajaan akan menggiatkan pemberian vaksin harian.
(Visited 247 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button