Nasional

Covid-19: 10 lagi kes baru dikesan di Malaysia

SEBANYAK 10 lagi kes baharu jangkitan Civid-19 di kesan hari ini. Kementerian Kesihatan (KKM) memberitu kesemua kes baharu tersebut merupakan kontak rapat kepada kes ke-33.

Empat  kes iaitu kes ke-85, 86, 87 dan 93 merupakan generasi pertama kontak rapat kepada kes ke-33.

Manakala enam kes baharu merupakan generasi kedua iaitu kontak rapat kepada kes ke-33 iaitu kes ke-84, 88, 89, 90, 91, dan 92.

Kesemua kes ini telah dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak dan telah dimasukkan ke hospital bagi isolasi dan rawatan selanjutnya.

Dengan pertambahan 10 kes baharu ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 93 kes.-SM

 

 

(Visited 80 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button