Luar Negara

Covid-19: Kematian di Iran mencecah 1,556 orang

JUMLAH mangsa yang meninggal dunia akibat wabak Covid-19 di Iran telah mencecah 1,556 orang.

Hari ini sahaja negara itu mencatatkan lebih 100 kematian akibat wabak itu.

Jurucakap Kementerian Kesihatan negara itu, Kianoush Jahanpour berkata, jumlah kes yang disahkan positif setakat ini ialah 20,610.

Iran merupakan negara kelima paling tinggi kes wabak itu di dunia berdasarkan data yang dikumpul oleh Universiti Johns Hopkins, di bekalang China, Itali, Sepanyol dan Jerman.

Presiden Iran, Hassan Rouhani berkata, negara itu akan melakukan apa sahaja yang perlu untuk memastikan ekonomi kembali pulih.

Rouhani berkata, langkah jarak sosial mungkin akan ditarik balik dalam masa dua minggu. – CNBC

(Visited 125 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button