Nasional

Yang di-Pertuan Agong lawat Raja Perlis

PUTRAJAYA 4 April – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat melawat Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Hospital Putrajaya pada pagi tadi.

Berangkat sama ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda yang memandu sendiri kereta ke hospital berkenaan berangkat tiba pada pukul 10.30 pagi disambut oleh Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil diiringi sama oleh Timbalan Pengarah (Endokrin) Hospital Putrajaya; Dr. Mohammad Khairol Anwar Yusop.

Turut sama berada disisi Tuanku Syed Sirajuddin yang telah selamat menjalani pembedahan membaik pulih kaki dan buku lali sebelah kanan pada sabtu, 1 April 2023 baru-baru ini ialah Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.

BACA JUGA: Pemangku Raja Perlis menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat jelata

(Visited 561 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button