NasionalNegeri

Rakyat Perlis perlu cakna kesihatan mental

MASALAH kesihatan mental di Malaysia semakin serius dan kian meruncing dalam kalangan masyarakat di negara ini. Menurut National Health And Morbidity Survey (NHMS) 2019, Malaysia mencatatkan 2.3 peratus atau hampir 500,000 penduduk berumur 18 tahun dan ke atas yang mengalami masalah kemurungan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah ketika program MAIPs Peduli di Masjid Al-Islah, Ngulang, Mata Ayer, Arau, Perlis.

Perlis pula telah mencatatkan sebanyak 4.3 peratus iaitu 2 kali ganda data kebangsaan atau anggaran hampir 7,000 penduduk berusia 18 tahun dan ke atas mengalami masalah yang sama.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Perlis, Dr. Ismuni Bohari, pelbagai aktiviti sempena ‘Hari Kesihatan Mental Sedunia’ sedang dan telah dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perlis sepanjang September dan Oktober tahun ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan bantauan kepada salah seorang asnaf semasa program MAIPs Peduli di Masjid Al-Islah, Ngulang, Mata Ayer, Arau, Perlis.

Antara aktiviti tersebut adalah Slot Medik Radio (Perlis FM) berkaitan ‘Kesihatan Mental dan Penyakit Mental, Ceramah Kesihatan Mental melibatkan guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis dan banyak lagi.

Dr Ismuni berkata, JKN Perlis juga menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan mental di semua Klinik Kesihatan, perkhidmatan kaunseling dan sokongan mental oleh Pegawai Psikologi dan Kaunseling di semua klinik kesihatan serta rujukan dan rawatan bagi masalah kesihatan mental kepada Pakar Psikiatri serta ‘Clinical Psychologist’ di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Dr. Ismuni telah mempersembahkan maklumat ini kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas menghadiri majlis sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli di Masjid Al-Islah, Ngulang, Mata Ayer.

Seramai 70 penerima dari kariah Ngulang dan 70 penerima lagi dari kariah Perawah telah menerima bantuan MAIPs berupa wang tunai RM700 setiap seorang yang telah disempurnakan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra, merangkap Yang DiPertua MAIPs.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan bantauan kepada salah seorang asnaf semasa program MAIPs Peduli di Masjid Al-Islah, Ngulang, Mata Ayer, Arau, Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra menzahirkan agar seluruh rakyat khususnya di negeri Perlis perlu cakna akan kesihatan dan kesejahteraan mental diri sendiri, ahli keluarga serta kakitangan di tempat kerja masing-masing.

Raja Muda juga berharap setiap lapisan masyarakat dapat memainkan peranan bagi membendung masalah kesihatan mental ini. – SM

(Visited 67 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button