Nasional

Jangan sebar gambar, video Syafiq Ahmad – TMJ

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan video dan gambar kemalangan melibatkan penyerang pasukan JDT, Syafiq Ahmad.

Baginda bertitah, tindakan itu adalah bagi menjaga sensitiviti dan perasaan Syafiq serta keluarganya.

Tunku Ismail yang juga pemilik pasukan JDT turut merakamkan ucapan takziah diatas pemergian ahli keluarga penyerang itu.

Suara Merdeka pagi tadi melaporkan Muhammad Syafiq Ahmad, 25, kehilangan bayi lelakinya berusia 22 hari selepas mengalami kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap awal pagi tadi.

Turut maut ibu mertuanya, Zainab Wahab, 45, dan warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an dalam kemalangan yang melibatkan kereta jenis Toyota Vellfire berwarna hitam.

Pemain skuad Harimau Malaya itu dan seorang lagi anak perempuannya, Aaira Nur Saffiyya, 2, cedera ringan manakala isteri beliau, Nur Amalina Nur Ain, 25, dilaporkan cedera parah.

Kemalangan tersebut berlaku kira-kira pukul 5.36 pagi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Toyota Vellfire berwarna hitam digunakan remuk teruk selepas dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan. – SM

(Visited 732 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button