fbpx
Luar Negara

Coronavirus: Lebih 110,000 orang dijangkiti d seluruh dunia

LEBIH 110,000 orang di seluruh dunia dijangkiti coronavirus atau Covid-19 dengan jumlah korban meningkat kepada 3,831 orang.

Itu laporan mengenai wabak coronavirus yang diterbitkan oleh laman web Worldometer, lapor agensi berita Anadolu.

Memetik laporan BERNAMA, daripada keseluruhan angka kematian yang dicatat itu, sebanyak 3,120 kes dilaporkan di China sejak virus mula dikesan di bandar Wuhan pada Disember lalu.

Di luar Republik China, virus itu telah meragut 366 nyawa di Itali, 194 di Iran, 53 kematian yang dicatat di Korea Selatan dan 22 di Amerika Syarikat.

Angka pesakit COVID-19 yang pulih pula adalah 62,000 orang.


Menurut laman web Worldometer lagi, COVID-19 telah merebak ke lebih 100 negara dan wilayah termasuk 7,382 di Korea Selatan.

Di Itali, 7,375 manakala di Iran, 6,566, 502 di Jepun, 1,209 di Perancis,554 di Amerika Syarikat dan di United Kingdom, 278.

Beberapa negara telah mengambil langkah pencegahan untuk membendung wabak itu daripada terus menular.

Antara langkah yang diambil termasuklah menutup sempadan serta menguatkuasakan larangan perjalanan udara dan darat.

China paling teruk terjejas oleh COVID-19 diikuti Itali dan Iran. – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button