Ekonomi

ConocoPhillips Perkukuh Komitmen Pelaburan di Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 Jun 2025 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif ConocoPhillips, Ryan Lance, sempena lawatan kerja beliau ke Malaysia.

Pertemuan tersebut membincangkan komitmen pelaburan jangka panjang syarikat minyak dan gas terkemuka dari Amerika Syarikat itu, yang mempunyai penglibatan aktif dalam aktiviti penerokaan, pembangunan dan pengeluaran minyak di peringkat global, termasuk di Malaysia.

Dalam kenyataannya, Perdana Menteri menegaskan bahawa Kerajaan MADANI sentiasa konsisten dalam menawarkan dasar yang jelas dan mesra pelabur bagi menarik minat syarikat multinasional untuk terus melabur di negara ini.

“ConocoPhillips turut menyatakan komitmen berterusan mereka terhadap pelaburan di Malaysia, termasuk penglibatan mereka dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran Kluster Kebabangan (KBBC PSC) di Sabah melalui anak syarikatnya, ConocoPhillips Sabah Gas Ltd, bersama PETRONAS,” jelas beliau.

Menurut Perdana Menteri, kehadiran syarikat-syarikat minyak utama seperti ConocoPhillips bukan sahaja menyumbang kepada kestabilan dan kemampanan tenaga negara, malah turut memainkan peranan penting dalam merangsang pertumbuhan ekonomi serta menjana peluang pekerjaan bernilai tinggi dalam sektor minyak dan tenaga.

Pertemuan ini membuktikan keyakinan pelabur asing terhadap hala tuju ekonomi negara di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI yang progresif dan inklusif.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button