Politik

“Wanita Adalah Inspirasi & Mereka Tidak Lemah”, – Samsudin Ismail

Sempena Hari Wanita Sedunia, calon Perikatan Nasional (PN) N49 Kota Iskandar, Samsudin Ismail berpendapat wanita adalah inspirasi.

Malah golongan wanita juga tidak lemaj selain mereka lebih kuat daripada bayangan banyak pihak terutamanya kaum lelaki.

“Terima kasih kepada isteri tercinta yang sentiasa setia bersama susah dan senang. Peranan wanita sangat penting dalam masyarakat.

“Bukan hanya sekadar sebagai ibu, isteri, dan anak semata-mata, wanita juga berperanan penting disebalik arus pembangunan negara,” tulis Samsudin dalam Facebook miliknya.

Dalam masa sama, Samsudin berkongsi pendapat bahawa PN tidak lupa memberi perhatian kepada pembangunan wanita dalam sektor ekonomi.

“Antara manifesto tersebut adalah meningkatkan penglibatan suri rumah, ibu tunggal, dan orang kurang upaya (OKU) wanita dalam bidang keusahawanan serta menyediakan latihan teknologi digital dan khidmat nasihat dengan kerjasama agensi-agensi,” tulisnya.

Terdahulu, Samsudin berpuas hati dengan pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung bermula hari ini.

“Alhamdulillah, sekitar pengundian awal pada hari ini berjalan dengan lancar, teratur dan mematuhi SOP. Kepada semua pengundi, tidak perlu ada kegusaran untuk keluar mengundi.

“Begitulah juga saya yakin pada hari membuang undi pada hari Sabtu akan datang. Terima kasih kepada semua pihak terutamanya SPR dan PDRM dalam memastikan kelancaran sepanjang proses demokrasi ini berlangsung,” tulisnya.

(Visited 408 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button